ARKIB : 23/07/2012
Kekal momentum pembiayaan
KUALA LUMPUR 22 Julai - Alliance Financial Group Bhd. (AFG) menjangka pertumbuhan pembiayaan perbankannya mampu meningkat seiring dengan pertumbuhan industri pada kadar antara 11 hingga 12 peratus pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Bank Malaysia Bhd. (ABMB), Sng Seow Wah berkata, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap kelebihan yang ada pada bank itu dalam usaha meningkatkan prestasi perbankannya, termasuk pembiayaan kepada pengguna runcit serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Katanya, walaupun pertumbuhan pembiyaan tahun ini dijangka agak lembap berbanding dua tahun sebelumnya beliau yakin bank tersebut berupaya mengekalkan momentumnya.
"Berdasarkan suku pertama tahun kewangan kami. Segmen pembiyaan kami dilihat teguh seperti mana sebelumnya.
"Ia khususnya melalui pembiayaan perumahan serta keperluan suntikan pelanggan PKS kami," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan AFG di sini, baru-baru ini.
Ketika ini, pengguna runcit menguasai 57 peratus segmen pembiagaan ABMB manakala baki 47 peratus dikuasai oleh komersial.
Bagi tahun kewangan AFG berakhir 31 Mac lalu, kumpulan mencatatkan keuntungan bersih selepas cukai dan zakat berjumlah RM480 juta berbanding RM409 juta tahun sebelumnya.
Bagi tahun kewangan itu, pertumbuhan pembiyaan kasar AFG meningkat 11.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kesatuan saran KTMB laksana model perniagaan baru
Sasar raih projek bernilai RM1.5b
MAHB sasar operasi klia2 bermula 2 Mei 2014
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










