VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/07/2012

Semarak Murni terus bina sinergi

Dari kiri: Idris Haron, Ruslan Ali Omar, Baderisham Jolly dan Zainal Hussin menunjukkan isyarat bagus untuk projek pembangunan Impiana Hotel Melaka pada majlis menandatangani kontrak perjanjian projek itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemaju hartanah, Semarak Murni Sdn. Bhd. (Semarak Murni) merancang untuk terus membina sinergi dengan Impiana Hotel Resorts Management Sdn. Bhd. (IHRM) melalui projek-projek hotel peranginan.

Terkini, sinergi yang terbentuk di antara kedua-dua pihak adalah melalui projek hotel peranginan bandar empat bintangnya, Impiana Hotel Melaka di Pantai Klebang, Melaka.

Impiana Hotel Melaka akan dibina di bawah pembangunan bercampur Semarak Murni yang dinamakan The Selat.

Hotel peranginan itu dijangka siap dan beroperasi pada 2015.

Naib Presidennya, Datuk Baderisham Jolly berkata, nilai pembangunan kasar bagi pembinaan hotel tersebut adalah RM120 juta.

Katanya, Impiana Hotel Melaka merupakan pembinaan fasa pertama di bawah projek pembangunan The Selat.

Katanya, pembinaan hotel tersebut akan bermula pada September ini iaitu selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Hotel kami adalah bertaraf empat bintang, tetapi menawarkan perkhidmatan bertaraf lima bintang.

"Setelah siap, kami menyasarkan 50 peratus tetamu di kalangan pelancong tempatan dan bakinya pelancong asing. Konsep yang ditonjolkan melalui pembinaan hotel ini adalah moden dan kontemporari dengan dilengkapi sistem binaan hijau.

"Kadar harga yang akan ditawarkan adalah berpatutan dan kompetitif iaitu di antara RM200 hingga RM800 semalam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis menandatangani kontrak di antara Semarak Murni dengan IHRM sini, baru-baru ini.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Negeri (Pembangunan) Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zainal Hussin dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Semarak Murni, Datuk Adi Munawar Md. Din, Pengerusi IHRM, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dan Pengerusi Semarak Murni, Datuk Ruslan Ali Omar.

Selain itu, turut hadir, Pengarah Eksekutif Strategi Korporat dan Operasi Hotel IHRM, Francis Chung.

Impiana Hotel Melaka akan dilengkapi dengan 253 bilik dan dibina berbentuk W selain setiap bilik menghadap laut.

Sementara itu, Ismail Farouk bagi mewakili IHRM berkata, pihaknya meramalkan peningkatan pendapatan sebanyak lima peratus setahun selepas Impiana Hotel Melaka beroperasi.

Katanya, peningkatan pelancong di Melaka setiap tahun turut menjadi titik pertimbangan kepada IHRM untuk membuka langkah perniagaan di negeri tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.