VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 23/07/2012

Ahmad Zaki terajui KFC Holdings?

KUALA LUMPUR 22 Julai - Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengarah Eksekutif Kulim (M) Bhd. bakal dilantik untuk menduduki kerusi utama, KFC Holdings Bhd. (KFC Holdings) bagi menggantikan Jamaludin Md. Ali.

Sumber berkata, pelantikan Ahmad Zaki itu sudah pun mendapat 'lampu hijau' daripada Pengerusi Johor Corporation (JCorp), Datuk Abdul Ghani Othman.

Ahmad Zaki yang pernah menyertai Malaysian Resources Corporation Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif sebelum menyertai JCorp.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan DRealty, syarikat hartanah milik Kerajaan Negeri Johor.

Menurut sumber, pelantikan Ahmad Zaki itu bakal diumumkan tidak lama lagi, serentak dengan pengumuman pemilikan KFC Holdings dan QSR Brands Bhd. (QSR) oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB).

"Pengumuman itu bakal menamatkan teka-teki peneraju baru bagi KFC Holdings selepas ia dimiliki oleh MESB," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

MESB adalah syarikat khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih KFC Holdings dan QSR Brands, dengan JCorp menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan.

Manakala baki 49 peratus lagi adalah milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Melati Asia Holdings Ltd. (MAHL) yang dikuasai 51 peratus oleh tabung persaraan rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, banyak spekulasi menyebut KFC Holdings bakal dipimpin oleh 'orang asing' yang juga bekas kakitangan Yum!, pemilik francais bagi restoran bagi makanan segera KFC.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.