ARKIB : 21/07/2012
Bank Muamalat tembusi China
KUALA LUMPUR 20 Julai - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) bakal menjadi bank tempatan pertama melebarkan operasinya ke China dengan memeterai kerjasama dengan Bank of Shi Zui Shan dari negara itu hari ini.
Walaupun bukan berstatus bank utama di Malaysia, Bank Muamalat telah membuktikan kewibawaannya dalam perbankan Islam dengan diberi mandat untuk membangunkan sektor berkenaan di China.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, China memiliki lebih 30 juta penduduk beragama Islam dan setakat ini masih belum mempunyai bank yang berlandaskan syariah.
Katanya, perjanjian hari ini merupakan sejarah penting kepada Bank Muamalat dalam usaha menjadi bank terkenal di rantau ini.
"Untuk tempoh permulaan, Bank Muamalat akan membantu menyediakan latihan pengurusan, inovasi produk dan pembangunan sistem perbankan Islam kepada Bank of Shi Zui Shan.
"Dalam tempoh 12 bulan lagi, Bank of Shi Zui Shan dengan kerjasama Bank Muamalat akan menawarkan kaunter perbankan Islam pertama di China menerusi 23 buah cawangannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua bank, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, Pengerusi Bank of Shi Zui Shan, Li Deng Fang dan Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Dr. Munir Majid.
Mohd. Redza Shah berkata, selepas Bank of Shi Zui Shan bersedia sepenuhnya dalam sektor berkenaan, barulah bank itu akan bergerak ke arah kerjasama yang lebih besar iaitu membentuk sebuah bank Islam sepenuhnya di negara itu.
"Kami jangkakan dalam tempoh dua tahun lagi, Bank of Shi Zui Shan dan Bank Muamalat akan bekerjasama bagi membentuk sebuah bank Islam di negara berkenaan.
"Ini merupakan cara terbaik untuk Bank Muamalat untuk bergelar pemain antarabangsa dan ia selari dengan galakan kerajaan yang mahu melihat syarikat tempatan keluar dari kepompong pasaran tempatan," katanya.
Ditanya mengenai pemilihan Bank of Shi Zui Shan sebagai rakan kerjasama, beliau berkata, bank berkenaan sangat unik kerana beroperasi di dua wilayah iaitu Ningxia dan Chenghai yang memiliki penduduk Islam paling ramai di China.
"Ini menunjukkan pasaran Muslim sudah ada di sana dan mereka mencari rakan kerjasama yang mahir dalam sektor perbankan Islam di Malaysia melalui Kementerian Kewangan.
"Kami sangat berterima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana memberi peluang kepada Bank Muamalat untuk berkembang di negara tembok besar berkenaan.
Kewangan Malindo Air kukuh
CEO baharu Maybank belum dimuktamadkan
TIME sasar ke rantau ASEAN
NCB akan perkukuh kedudukan kewangan
95% fasa satu Battersea telah terjual
THP sasar 1 juta tan
VADS pelawa ISV laksana 'komputer awan'
AIM sudah cukup matang
CCM tingkat pengeluaran baja
Sasar tambahan deposit akaun simpanan RM1b
Gajet penjimatan minyak kenderaan berat, MP-R HD dilancarkan
Microsoft perkenal projek bilik darjah Pop-up
PGB peruntuk RM8.1b
Wahid umum prestasi kewangan Maybank minggu depan
BOC: Keputusan pemilikan dalam masa seminggu
Jangka pertumbuhan baik
Angkasa kerjasama lancar tablet pintar Outlook Pure
UMW lebar sayap ke Indonesia
Deleum rancang bida kontrak RM2 bilion
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









