ARKIB : 20/07/2012
Malaysia hab kenderaan hibrid
ALOR GAJAH 19 Julai - Honda Malaysia Sdn. Bhd. mencipta sejarah apabila menjadikan Malaysia sebagai hab kenderaan hibrid untuk pasaran ASEAN dan Oceania menjelang akhir tahun ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagi tujuan tersebut Honda Malaysia akan memperluaskan kilangnya di Pegoh dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM350 juta.
Menurutnya, pelaburan tersebut adalah bagi penambahan barisan pengeluaran untuk pengeluaran kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan (CKD).
“Ini merupakan titik permulaan yang memberangsangkan apabila Honda Malaysia menjadikan Malaysia sebagai hab selaku peneraju dan perintis teknologi hibrid di negara ini untuk pasaran ASEAN dan Oceania.
“Ini secara tidak langsung menjadikan Honda Malaysia sebagai pengeluar automotif luar negara pertama yang memasang kenderaan hibrid di Malaysia.
“Sebagai permulaan Honda Malaysia akan melabur sebanyak RM350 juta dan dijangka meningkat hingga RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun yang akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas barisan pengeluaran nombor 2 di Kilang Honda di Pegoh dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Abdul Ghafaar Atan, Presiden dan Ketua Eksekutif Asian Honda Co. Ltd, Hiroshi Kobayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Mustapa berkata, keyakinan Honda Malaysia untuk terus melabur di Malaysia kerana tertarik dengan usaha kerajaan Pusat menyediakan insentif khas seperti pengecualian duti import bagi pembangunan pengeluaran kenderaan hibrid.
“Insentif yang diperkenalkan sehingga 2013 ini adalah untuk menggalakkan pengeluar automotif luar negara terlibat dalam pembangunan kenderaan hibrid di negara ini," ujarnya.
Beliau menambah sebagai permulaan Honda Malaysia akan mengeluarkan model Jazz Hybrid dengan harga pasaran RM95,000.
Sementara itu Mohd. Ali berkata, melalui pelaburan terbaru itu, ia mampu mewujudkan 900 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila barisan pengeluaran tambahan memulakan operasi tahun depan.
Dalam pada itu, Ueno memberitahu, kapasiti keseluruhan pengeluaran pelbagai model Honda secara CKD dijangka meningkat daripada 50,000 unit kepada 100,000 unit setahun apabila saluran pengeluaran tambahan memulakan operasinya tahun depan.
Kesatuan saran KTMB laksana model perniagaan baru
Sasar raih projek bernilai RM1.5b
MAHB sasar operasi klia2 bermula 2 Mei 2014
AEON Credit jangka untung naik
MOSTI lancar SME's Innovate
Penyatuan operasi ING Group, AIA Bhd. selesai dalam enam bulan
SWM labur RM300 juta beli 700 kenderaan
Kemudahan Hypp TV di Kelantan
Limpahan kontrak Jepun
Mainstay mahu tembusi pasaran Eropah
Affin bida ambil alih Hwang-DBS
Mercedes-Benz melabur RM100 juta lagi di Pekan
RMF perkenal produk keenam - S-Series
ASM Investment sasar unit amanah syariah sepenuhnya
UEM Sunrise fokus tempatan
Che Khalib dilantik Pengarah Urusan baharu MMC
KWSP komited labur dalam syarikat bermodal sederhana
Hard Rock sasar 60 negara
Bank Rakyat taja RM1 juta 1MWER 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










