VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 21/10/2012

Rahsia kunci usia

KEPADA anda yang sudah membaca kisah ageLOC, pastikan usia anda menjadi misteri," ujar Ketua Pegawai Saintifik dan Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Produk Nu Skin, Dr. Joseph Chang.

Berbeza dengan produk lain, ageLOC dihasilkan kerana pembangunan teknologi sains dalam bidang kecantikan.

Dr. Joseph Chang berkata, ageLOC dihasilkan menggunakan kajian sains anti penuaan yang memberi tiga kejayaan.

"Pertama, kami berjaya mengenal pasti kumpulan gen yang berfungsi mengawal penuaan usia.

"Kedua, membolehkan kami menggunakan teknologi berlesen untuk mengukur proses penuaan pada peringkat molekul di dalam organ badan iaitu kulit.

"Ketiga, kami berupaya membaiki kumpulan gen ke tahap lebih muda, membolehkan kita menghasilkan produk ini yang berupaya mengekalkan dan mengurangkan rupa penuaan pada tahap genetik," katanya pada Majlis Tahunan Nu Skin Asia Tenggara di Singapura baru-baru ini.

ageLOC dihasilkan melalui kajian selama bertahun-tahun yang menelan belanja beratus juta dolar.

"ageLOC merupakan impian penuh saya untuk membangunkan produk anti-penuaan yang berkesan untuk generasi sekarang. Produk ini sesuai untuk kegunaan kebanyakan penduduk di negara Asia termasuk Malaysia yang mempunyai struktur kulit lebih lembut dan sensitif. Tahun ini kami menghasilkan ageLOC R2 sebagai makanan tambahan atau suplemen untuk tubuh badan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nu Skin turut menyarankan orang ramai melakukan rawatan spa wajah dan badan menerusi produk Agelov Galvanic Spa.

"Mesin Galvanic mampu mengeluarkan racun-racun dalam kulit serta membuka pori-pori supaya kulit segar kembali.

"Hasilnya, kulit nampak jauh lebih muda, anjal dan segar. Selain itu, ia mampu membuat kedutan dan garis-garis halus di wajah hilang dan berkurangan,'' ujarnya lagi.

Selain itu, mesin ini juga boleh bertindak untuk menghancurkan lemak-lemak yang berlebihan di badan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.