VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 11/09/2012

Villa berkonsep Bali

Menikmati pemandangan luar yang menghijau sebelum memulakan rawatan.

TERNYATA satu kelainan yang dimiliki oleh Dewi Sari Spa iaitu sebuah vila yang berkonsep ala Bali apabila saat pertama kali kaki melangkah masuk ke situ.

Pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan di sini mempunyai pilihan tersendiri sama ada ingin membuat rawatan secara tertutup mahupun di dalam spa sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Semestinya sedikit kepuasan dan rasa nyaman dalam suasana tersebut kerana selain mendapat layanan yang baik daripada terapi yang terlatih, pengunjung juga bebas meneroka sambil menghirup udara segar kerana setiap bilik rawatan berhadapan dengan kolam.

Selain dikelilingi dengan tumbuhan semulajadi, spa yang mempunyai dua bilik rawatan individu dan juga satu bilik rawatan untuk pasangan dilengkapi dengan jakuzi, bilik mandi, selain rawatan juga boleh dilakukan di atas gazebo.

Pengurus Spa, Irma Shahadah Samsudin, 27, berkata, Dewi Sri Spa yang diasaskan oleh Martha Tilaar mempunyai keistimewaan kerana semua bahan dan jenis rawatan yang digunakan adalah semulajadi diimport dari Indonesia.

Terapi terlatih yang melakukan rawatan juga adalah di kalangan mereka yang terlatih dari pusat Dewi Sri Spa yang terletak di Indonesia.

"Konsep rawatan yang digunakan adalah dari teknik semulajadi Bali. Bahan-bahan yang diguna serta hiasan dekorasi yang ditonjolkan semuanya berunsur Bali. Ia juga mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pusat utamanya di Indonesia," katanya.

Ujarnya lagi, spa yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu itu menyediakan pelbagai jenis rawatan menarik kepada pengunjung.

"Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini daripada pelbagai golongan dan peringkat umur.

"Tujuan utama mereka mendapatkan rawatan adalah untuk menghilangkan stres dan merehatkan diri buat sementara waktu selepas penat bekerja.

"Antara pakej rawatan popular di Villa Spa adalah Bali Ginger Gold dan Bali Mangosteen Ritual yang berharga RM 580 untuk 180 minit. Rawatan ini merangkumi rutin kaki, hydrophyll iaitu rawatan untuk memberi kesegaran kepada badan, skrub untuk membuang sel mati pada kulit , wap herba, urut, maker badan, mandian dan minuman buah-buahan spa ," katanya.

Tambahnya lagi, rawatan lain yang terdapat di sini adalah Bali Paradise, Bali Coconut, Bali Wet Spa, Bali Bliss, Bali Beautiful, Balinese Boreh, Bali Sunny dan banyak lagi.

"Untuk pakej rawatan secara berpasangan pula adalah Bali Exquisite, Bali Passion, dan Bali exotic yang berharga dari RM 780 hingga RM 960," katanya.

Villa spa yang terletak di Putrajaya Marriot Hotel & Spa, ini boleh dikunjungi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 603 8949 8888 sambungan 1998/1999.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.