VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 04/09/2012

Manja diri di Palm Spa

Segar dan nyaman dengan mandian bunga-bungaan.

Selalunya pelanggan gemar melakukan rawatan di spa secara individu. Jadi apa kata bagi mereka yang ingin mencipta kelainan mencuba pakej rawatan secara berpasangan di Palm Spa yang terletak Palm Garden Hotel and Resort di Putrajaya.

Pasti mood dan suasana ketika melakukan sesi rawatan terasa indah dan asyik apabila ditemani oleh pasangan mahupun rakan.

Ketenangan bagai meresap ke seluruh badan dengan alunan muzik yang membuai rasa selain susun atur dekorasi yang indah dan nampak moden.

Ketika pertama kali melangkah masuk ke spa, pelanggan akan disambut dengan pancutan air terjun buatan yang terletak di pintu masuk spa.

Selain itu, secawan teh halia sebagai pemanas badan akan diberikan sebelum melakukan rawatan selanjutnya.

Pengurus spa, Jaime Chen berkata, setiap pelanggan yang datang ke sini akan dilayan dengan baik dan mesra oleh pekerja di situ.

"Kepuasan pelanggan adalah keutamaan bagi kami. Pelanggan yang berpuas hati dengan khidmat yang diberikan pasti akan datang kembali selepas itu.

"Sebelum melakukan sebarang rawatan kepada pelanggan, mereka diberikan borang khusus untuk mengisi maklumat peribadi. Melalui maklumat tersebut, kami akan memberi cadangan mengenai rawatan yang sesuai dilakukan supaya mereka mendapat kepuasan selepas itu," katanya.

Tambahnya lagi, pelanggan yang datang secara berpasangan mempunyai kelebihan untuk melakukan rawatan di sini secara bersama-sama.

"Namun mereka juga diberi pilihan jika ingin melakukannya secara tertutup kerana terdapat bilik khas disediakan.

"Melakukan rawatan secara berpasangan membantu mengeratkan hubungan kerana di samping merehatkan badan mereka juga dapat meluangkan masa bersama-sama ," katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga pakej rawatan secara berpasangan yang ditawarkan di Palm Spa kepada pelanggan tempatan mahupun luar negara.

"Untuk pakej ini berharga dari RM488 untuk 90 minit, RM588 selama 120 minit dan RM688 untuk 150 minit.

"Rawatan ini merangkumi skrub badan vitamin C atau terapi rawatam batu, urutan secara tradisional atau Bali berserta mandian dalam sauna dan jakuzi," katanya.

Ujarnya, di Palm Spa pelanggan boleh memilih rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki dengan harga yang ditawarkan sangat berpatutan.

"Untuk urutan pula terdapat urutan Sweden, urutan aroma terapi, urutan Bali dan urutan aroma terapi selepas bermain golf

"Pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan muka dan badan dengan menggunakan produk Biodroga diimport dari Eropah," katanya.

Palm Spa dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03-8943 2233.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.