VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 08/07/2012

Bantuan berpantang tradisional

TEKNIK memakai bengkung dengan mudah turut diajar bidan.

AMALAN berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung mungkin dianggap remeh bagi sesetengah wanita zaman sekarang kerana merasakan ia menyusahkan dan tidak penting.

Faktor jauh daripada orang tua membuatkan mereka memandang ringan kepentingan amalan berpantang.

Hakikatnya, jika tidak menjaga badan sebaik saja selepas bersalin, kesan seperti peranakan jatuh dan badan semakin berisi terutamanya di bahagian bawah akan terserlah. Maka pusat pelangsingan dan pelbagai perubatan moden yang mencecah kos tinggi menjadi buruan mereka.

Kesannya tidak dirasai serta-merta. Apabila melalui kelahiran lebih sekali, usia meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh, sakit pinggang dan kebas tangan sehingga lemah badan.

Bagi yang memerlukan bantuan berpantang dan tidak tahu caranya, usah gusar kerana ada pusat penjagaan wanita dan spa yang menyediakan perkhidmatan seperti disediakan oleh Gsue Beauty yang terletak di Dataran Pandan Prima, Ampang, Selangor.

Menurut pemiliknya, Maziah Mohamad Aziz, dua pekerja mereka akan ke rumah pelanggan bagi membantu melakukan rawatan bersalin dan penjagaan rapi ibu secara eksklusif malah bayi baru lahir turut disempurnakan oleh bidan berpengalaman.

"Tugas bidan yang akan ke rumah pelanggan adalah menjalankan rawatan berpantang lengkap daripada urutan tradisional dan pemulihan badan, bertungku, bertangas, mengikat kain bengkung, memakaikan param dan pilis, menyediakan mandian herba ibu bersalin serta mandian bunga, memasak menu berpantang yang berkhasiat dan minuman herba serta akar kayu.

"Selain itu, mereka juga menguruskan keperluan bayi baru lahir seperti mandian bayi, urutan bayi dan mengajar ibu-ibu yang kurang berpengalaman menjaga bayi baru lahir dengan sempurna.

"Kami memahami ramai wanita terutama ibu muda kurang arif dengan amalan berpantang kerana berkemungkinan jauh daripada orang tua mereka. Maka perkhidmatan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka," ujarnya yang turut mengusahakan sebuah lagi spa di Damansara Damai, Petaling Jaya.

Sambungnya, bidan juga memainkan menangani masalah emosi yang sering dialami wanita selepas bersalin, memberi nasihat dan petua serta menyediakan bahan-bahan keperluan berpantang.

Secara tidak langsung, mereka akan mengajar ibu-ibu menjalani proses pemulihan dengan teratur dan mudah di samping memberikan pengalaman berguna untuk proses berpantang seterusnya.

Kursus perbidanan Melihat semakin kurang mereka yang layak bergelar bidan menjaga ibu berpantang, Gsue Beauty terpanggil mengadakan kursus dan latihan lengkap bagi membantu menjana pendapatan wanita yang berminat dalam bidang perbidanan dan kecantikan.

Program selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Julai ini bakal memberikan pendedahan tentang cara rawatan tradisional berpantang iaitu teknik lulur, bertungku, bertangas, pemakaian bengkung, mandian herba dan penjagaan bayi.

Kursus yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Gsue Beauty itu turut menekankan teknik urutan tradisional yang betul terutamanya menaikkan rahim serta merawat urat saraf dan sengal-sengal badan.

Segala pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan eksklusif rawatan bersalin dan penjagaan rapi ibu atau kursus tersebut, boleh menghubungi 016-2288124 atau 03-61404214.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.