VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 06/11/2013

Urut orang buta

urutan tapak kaki dapat melegakan keletihan dan mengembalikan kesegaran badan.

MENGURUT merupakan antara kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua individu.

Selain diperturun dari satu generasi ke satu generasi, mengurut juga perlu dipelajari dengan betul kerana dalam urutan ada cara pembuka dan penyudahnya.

Ini kerana jika teknik urutan salah, ia akan menyekat laluan edaran darah selain badan terasa lebih sakit dan lebam, di samping beberapa gejala lain boleh berlaku termasuklah pening.

Oleh yang demikian, mengurut adalah satu bidang yang sangat teliti dan perlu didalami dengan betul.

Hari ini agak sukar untuk menjumpai tempat mengurut yang mampu memulihkan semula kesegaran diri.

Ini kerana kebanyakan spa yang ada tidak ramai yang menawarkan perkhidmatan mengurut cara tradisional.

Jadi kepada mereka yang masih tercari-cari tempat mengurut tradisional baik untuk kaki mahupun badan, apa kata mencubanya di Frendz Blind Massage.

Apa yang istimewanya tempat ini, para pekerja dan juga pemiliknya merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang rata-ratanya buta.

Kehebatan orang buta dalam bidang mengurut tidak dapat disangkal lagi, malah mereka juga berkemahiran untuk mengesan penyakit-penyakit yang 'bersarang' di dalam badan individu tersebut hanya melalui urutan.

Walaupun ia tidak 100 peratusnya tepat, sekurang-kurangnya apa yang didiagnosis mampu menjadikan individu tersebut berhati-hati.

Menurut pemilik Frendz Blind Massage, Izadin Abdul Razak, perniagaan tersebut yang diusahakan pada 1 Mei lalu dijalankan bersama rakan kongsinya, Abol Faris Mohd. Ali.

"Sebenarnya sudah lama saya menyimpan impian untuk mengusahakan perniagaan ini tetapi ia terpaksa ditangguhkan dahulu memandangkan tiada rakan kongsi ketika itu.

"Memandangkan saya juga OKU, saya rasa perlulah seorang rakan kongsi untuk bersama-sama mengusahakan perniagaan ini.

"Setakat ini sejak ia beropersi sambutan yang terima menggalakkan dan rata-rata pelanggan kami adalah penduduk sekitar," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di 11-1, Jalan Danau Lumayan, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, Izadin menjelaskan premisnya menyediakan empat sofa untuk urut kaki manakala tiga bilik untuk urut badan.

Spa tersebut dibuka kepada lelaki dan wanita memandangkan Izadin turut menyediakan tukang urut wanita untuk pelanggan wanita.

Bercerita lanjut mengenai pekerja yang bekerja di premis perniagaannya, Izadin memberitahu kesemuanya berpengalaman malah mereka mendapat kemahiran dengan mengikuti kelas-kelas mengurut.

Dalam pada itu, Izadin berkata, selain mengurut kaki dan badan, spanya juga menyediakan terapi Bios9000.

Terapi ini yang menggunakan mesin mampu melonggarkan toksik terutamanya yang berkumpul dalam saluran darah.

Perlu menjalani terapi selama setengah hingga satu jam, para pelanggan dinasihatkan agar meminum banyak air masak untuk mengeluarkan segala toksik yang telah 'dibebaskan' melalui terapi tersebut.

Apa yang pasti, selain suasana yang begitu aman dan tenang, harga yang dikenakan juga amat berpatutan di mana untuk urut kaki hanya dikenakan sebanyak RM40 sejam manakala urutan badan pula hanya RM50 sejam.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan urut di Frendz Blind Massage adalah dinasihatkan agar membuat temu janji terlebih dahulu memandangkan mereka hanya mengambil pekerja sambilan mengikut tempahan yang diterima.

Jadi anda boleh hubungi talian 016-3632802 atau layari www.facebook.com/frendzblindmassage untuk keterangan lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.