VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 19/06/2013

Elak 'seksa' kaki

SEMAKIN ramai wanita hari ini yang mengalami masalah kaki seperti pembesaran tulang atau tisu di bahagian sendi ibu jari kaki (hallux valgus), sakit di bahagian depan tapak kaki (metatarsalgia) dan kecacatan kecil lain pada ibu jari kaki (lesser toes deformity).

Selalunya masalah ini terjadi disebabkan pemakaian kasut yang tidak sesuai untuk jangka masa panjang terutamanya kasut bertumit tinggi dan stileto.

Kasut jenis ini mungkin kelihatan bergaya dan cantik, namun kenyataannya kebanyakan kasut tidak memberi sokongan secukupnya yang diperlukan kaki.

Pakar Bedah Ortopedik yang mengkhusus dalam pembedahan kaki dan buku lali, Dr. Chua Yeok Pin berkata, sekiranya seseorang wanita itu perlu juga memakai kasut bertumit tinggi, apa kata cuba tukar kasut yang mempunyai tumit setinggi sehingga lima inci kepada kasut yang bertumit lebih rendah dan lebar supaya kaki lebih stabil.

"Ataupun sekurang-kurangnya pakai dulu kasut bertumit antara setengah hingga satu inci dalam perjalanan ke destinasi yang dituju sambil membawa bersama stelito.

"Sebaik tiba ke destinasi untuk menyertai acara keraian yang diadakan barulah tukar kepada kasut bertumit tinggi.

"Apa yang penting jangan seksa kaki hanya kerana ingin kelihatan hebat," katanya yang juga Pensyarah Kanan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jelas Dr. Yeok Pin lagi, terdapat banyak jenis kasut yang bergaya di pasaran yang dapat memberi keselesaan serta sokongan yang cukup kepada kaki.

"Ingatlah bahawa kasut yang bergaya tidak semestinya kasut yang bertumit tinggi. Kaki adalah bahagian tubuh yang paling penting dan kita perlu menjaganya sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu dalam membantu menjaga kaki dengan lebih baik, Scholl memperkenalkan koleksi musim luruh/sejuk 2013 yang menawarkan penyelesaian tepat supaya dapat menjaga kaki dengan baik sepanjang hari dan pada masa sama dapat terus kelihatan bergaya.

Koleksi musim luruh sejuk Scholl, yang akan dilancarkan pada bulan depan iaitu Eilina, dipertingkat dengan reka bentuk yang kukuh, selesa untuk dipakai dalam tempoh yang lama termasuk ketika melakukan aktiviti membeli-belah.

Manakala pada bulan September pula, Scholl akan melancarkan Eliza dan Edge iaitu memberi pilihan kasut tertutup atau terbuka di bahagian jari kaki mampu memberi keselesaan yang terbaik.

Koleksi kasut Edge pula menjadikan koleksi ini tampak kemas dan bergaya di majlis-majlis malam.

Koleksi Evelyn pula untuk dipakai ketika suasana santai juga selipar Darren untuk pasangan anda.

Rangkaian Camelia 2 dan Edison turut menawarkan pilihan lebih feminin dengan bunga motif sementara memakai Edison umpama mempunyai tapak kaki Gelactiv yang mempunyai gel mampu menyerap hentakan.

Dalam pada itu Edeline dan Festive Ladies menawarkan sentuhan gaya anggun yang akan diperkenalkan pada Disember ini.

Jaga dan manjakan kaki anda ketika keluar membeli-belah bersama rakan-rakan dan keluarga dengan pilihan kasut yang sesuai di sepanjang musim perayaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.