VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/05/2013

AKRAB sentiasa mekar

Antara aktiviti program Summer Camp yang dapat membantu membentuk sikap positif.

SUDAH lebih dari suku abad AKRAB mengabdikan diri kepada masyarakat melalui program pendidikan kekeluargaan dan kecemerlangan pelajar-pelajar dan remaja.

Hasil daripada program utama seperti Summer Camp dan Kem Jati Diri Remaja, AKRAB bersama dengan ibu bapa yang datang dari seluruh Malaysia serta Singapura, Brunei, Indonesia dan selatan Thailand telah berjaya meletakkan asas-asas kecemerlangan di samping pembinaan sahsiah dan keperibadian dalam kehidupan mereka.

Dalam kedua-dua program di atas, penekanan diberi kepada pembentukan aspek fizikal, intelektual, emosional dan spiritual. Keempat-empat unsur ini digabung jalin sedemikian rupa hingga melahirkan modul latihan yang holistik meninggalkan kesan yang mendalam kepada para peserta.

Hampir kesemua peserta berjumlah ratusan ribu telah menikmati kesegaran suasana latihan ini. Kesannya terbawa dalam kehidupan sebagai seorang pelajar atau remaja yang menyambung di dalam dan luar negara.

AKRAB merupakan satu-satunya institusi latihan yang dapat bertahan lebih daripada 30 tahun. Rahsia jangka hayat yang lama ini terletak kepada tenaga profesional dan tenaga bantu yang benar-benar dedikasi di samping modul latihan yang sentiasa relevan kepada semua peringkat umur.

Sejak penghujung tahun 70-an, alumni-alumni AKRAB berada di mana-mana memegang jawatan penting sama ada di sektor awam atau di sektor swasta.

Terlalu ramai yang menjadi doktor dan pakar perubatan, jurutera, peguam, arkitek, ahli ilmuan, ahli korporat dan berbagai bidang punca rezeki yang lain. Alumni Summer Camp dan Kem Jati Diri Remaja biasanya terserlah disebabkan penekanan kepada kekuatan ilmu, ketajaman keterampilan hidup (living skills) dan pembentukan sikap positif.

Ciri-ciri ini disokong oleh lima prinsip yang terus menerus dihidupkan iaitu cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa, cinta ummah dan cinta kecemerlangan.

Program oleh AKRAB memberi penekanan kepada pembentukan aspek fizikal, intelektual, emosional dan spiritual remaja.

Pendekatan holistik ini telah dipanjangkan ke dalam latihan-latihan warga korporat dan penjawat awam dalam program yang disebut sebagai Bina Insan. Yang cantiknya di bangku sekolah mereka didedahkan dengan Summer Camp, Smart Learning dan Kem Jati Diri Remaja, sementara setelah tamat pengajian dan berkarier mereka mengikuti pula Bina Insan sebagai modul latihan yang memperkuatkan lagi tekad dan azam mereka untuk menjadi insan cemerlang, soleh dan solehah.

AKRAB mengalu-alukan langkah ibu bapa untuk menyertai program-program kendalian AKRAB. Bagi ibu bapa yang menghadapi masalah mendidik anak-anak, AKRAB bersedia membantu menggunakan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada.

Anak-anak yang menghadapi masalah derhaka kepada ibubapa, acuh tak acuh dalam melakukan ibadah, suka berpoya-poya, tidak minat belajar, dilanda berbagai gejala sosial, menjadi punca masalah dalam keluarga bolehlah menghubungi AKRAB di talian 03-7732 4452, 03-7732 4453, 013-628 3985, 019-384 0544 atau 019-6386184 atau laman web www.familikusayang.com.my atau Facebook AKRAB Ku Sayang

Bagi musim cuti persekolahan kali ini AKRAB akan mengendalikan satu tarikh program Summer Camp iaitu pada 30 Mei hingga 2 Jun 2013, manakala untuk program Kem Jati Diri Remaja ialah pada 28 Mei hingga 4 Jun 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.