VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/05/2013

Galak budaya bekal ke sekolah

ZARINA Semuri bersama anak-anaknya Alia Nabeeha dan Irsyad Nabilber menyediakan bekal ke sekolah.

BENTO bukan sekadar bekal makanan biasa, sebaliknya ia disediakan dengan cara menarik, kreatif dan penuh khasiat.

Sememangnya itulah budaya penyediaan makanan di Jepun sebagaimana hidangan sushi, sashimi, tempura dan sebagainya.

Di negara matahari terbit itu, bento tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah bahkan ia disediakan untuk golongan pekerja dan pelajar universiti.

Di Malaysia, walaupun tiada bento tetapi budaya membawa bekal makanan juga sudah diamalkan sejak nenek moyang kita lagi tetapi seiring perkembangan masa ia semakin kurang popular.

Berbeza bagi ibu tiga anak ini, Zarina Semuri, 38, yang menjadikan penyediaan bekal makanan atau bento sebagai amalan rutin.

Dia telah memulakan amalan membawa bekal makanan pada anak-anak sejak anak sulungnya ,Irfan Naqiuddin Ahmad Zailan, 13, berada di darjah satu lagi.

Walaupun ketika itu Zarina bekerja dalam bidang teknologi maklumat, dia akan memastikan anak-anak makan makanan yang disediakannya sendiri.

Keterujaan Zarina menyediakan bekal makanan berkonsep bento buat anak-anaknya semakin bertambah selepas berhenti kerja kira-kira setahun lalu.

"Sebenarnya saya amat seronok menyediakan bento dan melakukan kejutan buat anak-anak. Bila mereka buka bento di sekolah mereka akan dapati setiap hidangan dengan hiasan berbeza, itulah yang menggembirakan hati saya.

"Ketika menyediakan bento juga saya ibaratkan satu terapi kerana saya memang menyukai sesuatu yang comel," katanya yang ditemui di kediamannya di Seksyen 8 Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bukan hanya tampak menarik, Zarina memastikan bento yang dibekal pada anak-anaknya mengandungi khasiat yang seimbang, termasuk buah, biskut dan snek.

"Orang Jepun memang kreatif. Kebanyakan peralatan seperti cawan silikon, bekas bento dan sebagainya ini saya dapatkan dari kedai menjual barangan Jepun dan Internet contohnya, penebuk rumpai laut (seaweed puncher) ini.

"Apabila hidangan dihias comel, maka anak-anak berselera untuk makan," ujarnya yang mengambil masa kira-kira 30 minit setiap pagi untuk menyediakan bento.

Apa pun bagi Zarina pembahagian masa itu penting memandang masa ibu agak terhad di waktu pagi.

Namun katanya, para ibu boleh menyediakan makanan lebih awal seperti pada waktu malam dan hanya perlu dipanaskan semula keesokan paginya.

"Anak-anak saya ada juga beli makanan di kantin tapi tapi tidak terlalu kerap, sekali atau dua kali seminggu sahaja.

" Bagi saya budaya membawa bekal makanan ke sekolah memang baik dari pelbagai sudut. Selain menjimatkan belanja ia dapat mengelakkan anak-anak daripada keracunan makanan, membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat, sekali gus dapat menabung," jelasnya.

Bagi Zarina, tidak wujud soal malu atau segan jika ibu bapa sudah membudayakan amalan membawa bekal ke sekolah sejak dari awal lagi.

Menariknya dia turut berkongsi idea menyediakan bento dengan ibu bapa lain menerusi laman blognya mysunshine-cupcakes.blogspot.com dan berkongsi pengalaman bersama ahli Mumswithoutmaid Club di laman sosial Facebook.

"Alhamdulillah ramai ibu telah mula membudayakan kembali amalan membawa bekal makanan ini.

"Adakalanya mereka tiada idea jadi di laman tersebut saya kongsikan apa yang boleh dibuat. Saya sendiri juga kadang kala merujuk pada Internet untuk idea bento terbaru.

"Walaupun nampak bersaiz kecil tapi cukup dan anak saya mengaku kenyang," jelas ibu kepada dua lagi anak, Irsyad Nabil, 10 dan Alia Nabeeha, 6.

Zarina berkata, tidak semua anaknya mahukan sesuatu yang comel. Sebagai contoh, anak sulungnya yang sudah mencecah usia remaja mahukan sesuatu yang cool dan berbeza daripada bento adik-adiknya. - NOOR FAZRINA KAMAL

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.