VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 12/04/2013

Sajian Barat cita rasa tempatan

salmon bersama sos lemon herba.

INGIN menikmati makanan Barat dalam suasana penuh beradab dan nyaman sambil mendengar lagu-lagu Inggeris yang menenangkan jiwa, apa kata jika ke Restoran Cupcake Chapter.

Anda tidak perlu ragu-ragu menikmati hidangan di sini biarpun restoran yang terletak di Ukay Boulevard, Jalan Hulu Klang, Ampang, Selangor ini, berkonsepkan bar New York .

Memilih untuk menghidangkan makanan Barat, pemiliknya Abdul Hafez Zahruddin, 31, berkata, ia dibuat setelah melihat lokasi tersebut tidak mempunyai restoran berkonsep seumpama itu kerana rata-rata pengusaha di situ memilih konsep makanan Melayu tradisional.

Kata beliau, restoran yang menghidangkan makanan Barat memang kurang sedangkan ramai orang Melayu yang menggemari hidangan tersebut.

Beliau yang ditemui baru-baru ini berkata, Cupcake Chapter yang baru dibuka Januari tahun ini menyediakan hidangan pelbagai jenis pasta, makanan berasaskan ayam, daging, makanan laut, sup serta minuman frappe, smoothie, koko, kopi dan teh.

Namun bertepatan dengan namanya, item yang mesti sudah tentunya kek cawan, dengan bermacam rasa yang lazat dan dihias ising keju.

''Kek-kek yang dijual di Cupcake Chapter menggunakan resipi saya sendiri. Antaranya ialah kek red velvet, pavlova dan lebih 10 jenis kek cawan.

''Kek-kek ini dibuat setiap hari dan perlu dihabiskan pada hari itu juga kerana kami tidak gemar menyimpan lama kek yang ada.

" Selain makan di sini, ada juga pelanggan yang menempah kek untuk majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya,'' tutur bekas pensyarah di Kolej Polytech Mara di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Menurut Abdul Hafez, makanan Barat yang dihidangkan merupakan resipi yang telah diolah semula mengikut selera orang Malaysia dan Islam.

Abdul Hafez mengakui kebanyakan makanan Barat tulen menggunakan bahan yang tidak halal seperti alkohol, namun di Cupcake Chapter beliau memastikan hanya bahan yang halal dan selamat saja digunakan.

''Saya tahu terdapat orang Islam yang ragu-ragu untuk makan makanan Barat yang dijual di restoran dan hotel. Di Cupcake Chapter saya mahu pelanggan menikmati makanan mereka dengan rasa yakin dan selesa.

''Pelanggan di sini bukan sahaja orang Melayu malah terdapat pelanggan Cina, India, Iran dan Inggeris. Biasanya pelanggan ramai pada hujung minggu,'' kata Abdul Hafez yang membuka restorannya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.

Selain hidangan Barat, Cupcake Chapter turut menyediakan satu menu hidangan fusion, iaitu fettucini udang Johor Riau dan spageti ikan tenggiri masin.

Tambah beliau, restoran yang boleh memuatkan sehingga 50 orang pelanggan pada satu masa ini turut menerima tempahan daripada mereka yang ingin makan beramai-ramai bersama keluarga atau kawan-kawan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.