VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 07/03/2013

Minat gubah bunga

Minat Idayu Daud amat mendalam terhadap gubahan bunga.

MUNGKIN ramai ibu bapa yang terlepas pandang atau tidak menyedari bahawa anak-anak sebenarnya telah menunjukkan minat terhadap sesuatu aktiviti seawal usia tiga tahun.

Pada ketika itu, minat anak-anak pada aktiviti seperti seni dinilai dengan kekerapan mereka memfokus kepada kegiatan tersebut berbanding aktiviti lain.

Di sinilah perlunya ibu bapa yang prihatin mengambil peluang membentuk, mengasah serta merangsang minat anak tersebut.

Atas kesedaran itu, Idayu Daud, 32, mengambil inisiatif memupuk kesedaran ibu bapa dan guru-guru tentang minat kanak-kanak pada alam semula jadi terutamanya bunga untuk dijadikan satu disiplin dalam kehidupan.

Idayu yang merupakan penggubah bunga bebas dan pemenang gubahan bunga di beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa berkata, ilmu gubahan bunga bukan sahaja ilmu yang dapat memberi kepuasan serta terapi kepada sesiapa yang menghasilkannya, malah mampu membentuk sikap sabar, teliti dan menyerlahkan lagi kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak.

"Menerusi ilmu psikologi juga, kanak-kanak yang diasuh minat serta diberi bimbingan yang sebaiknya oleh ibu bapa ke arah tersebut mampu menjadi insan yang lebih berjaya dan berhemah apabila mereka dewasa.

"Disiplin menggubah bunga bukan sahaja satu hobi yang memberikan kepuasan apabila melihat hasilnya, juga memberikan ilmu pada kanak-kanak itu tentang bagaimana untuk mengolah hasil alam kurniaan Ilahi," jelasnya.

Idayu menjelaskan, hasil kreativiti dalam gubahan bunga di peringkat kanak-kanak memang subjektif untuk dinilai, tetapi apa yang lebih penting ialah kanak-kanak tersebut dapat menambah ilmu tentang tumbuhan, sistem fotosintesis di samping memanfaatkan bahan buangan untuk memberi nilai tambah pada hasil gubahan.

"Dalam seni gubahan ini sebenarnya terlalu banyak yang boleh diberikan (ilmu) pada anak-anak. Mereka akan lebih menghargai alam sekitar dan pada masa yang sama mengetahui fungsinya.

"Di luar negara seperti di Singapura mereka mempunyai kelas khas untuk seni gubahan sebagai subjek tambahan bagi kanak-kanak yang menunjukkan minat ke arah itu.

"Di Malaysia belum ada, pada hal ramai kanak-kanak yang meminati bunga. Maka kita jangan persiakan bakat dan minat tersebut, sebaiknya diasuh dengan menghantar mereka ke bengkel dan kelas yang akan kami anjurkan," jelas Idayu.

Menurut Idayu lagi, gubahan bunga jika dijadikan satu karier boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

"Kerjaya untuk penggubah bunga ini bukan setakat dalam negara malah di luar negara juga.

"Macam saya sendiri juga telah mendapat beberapa tawaran untuk berkhidmat di hotel-hotel ternama di luar negara seperti di Dubai tapi saya lebih gemar dapat mencurah ilmu pada generasi muda di negara ini, itu matlamat saya," jelasnya.

Tambah Idayu, walaupun Malaysia bukan negara pengeluar pelbagai jenis bunga, namun itu bermakna Malaysia tidak boleh menghasilkan penggubah bunga yang hebat.

"Harapan saya agar kerjaya penggubah bunga ini menjadi sebaris dengan kerjaya kemahiran profesional lain yang mampu juga membawa Malaysia ke mata dunia. Sebab itulah ia harus bermula sedari kecil," jelas Idayu lagi.

Untuk mendapatkan maklumat tentang kelas gubahan bunga bersama Idayu boleh emel pertanyaan ke idayu5858@gmail.com

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.