VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 07/03/2013

Timba ilmu tentang kuda

Zaida Zainal (kanan) dan Siti Mahani Kamarudin berkongsi minat yang sama tentang kuda.

PERWATAKAN yang bersahaja dan penampilan serba sederhana berubah menjadi cergas, tangkas sebaik sahaja tali pacu menunggang kuda berada dalam genggaman.

Malah, tumpuan serta perhatian turut diberikan sepenuhnya apabila kuda yang ditunggangi mula bergerak mengikut arahan yang diterima.

Inilah antara ciri-ciri yang dilihat apabila seseorang itu mula menunggang kuda.

Bagi yang berkecimpung dalam sukan berkuda, selain cekap menunggang mereka juga mesti mahir berurusan dengan haiwan tersebut.

Bagi Zaida Zainal, 43, dan Siti Mahani Kamarudin, 39, walaupun mereka masih mentah dalam sukan tersebut, semua itu sedikit pun tidak menghalang untuk mempelajari serta menimba ilmu berkaitan sukan tersebut.

Kedua-dua wanita itu sebaliknya begitu bersemangat mempelajari dan mendalami dengan lebih lanjut mengenai sukan ini.

Tidak sekadar menjadikan impian sehangat angan-angan Mat Jenin, semangat kedua-dua wanita berkerjaya ini juga dilihat semakin berkobar-kobar untuk lebih aktif dalam sukan berkuda ini memandangkan terdapat perubahan ketara pada diri masing-masing setelah menjadikan sukan tersebut rutin senaman harian mereka.

Bagaimanapun jelas kedua-duanya, bukan mudah untuk menunggang kuda kerana amat mencabar dan kesabaran adalah elemen utama apabila menceburkan diri dalam sukan ini.

Menurut Zaida, penglibatannya dalam sukan berkuda sudah lama, tetapi disebabkan tidak selalu menunggang dan kurang menjalani latihan menjadikannya seorang individu yang masih di peringkat pembelajaran.

Katanya, untuk menjadi seorang penunggang kuda profesional bukan satu perkara mudah. Selain perlu kerap menjalani latihan, komitmen yang tinggi dalam sukan tersebut juga perlu.

"Tanpa latihan yang cukup penunggang pasti kekok dan tidak selesa dan pastinya turut memberi kesan kepada kuda yang ditunggangi.

"Sekiranya kerap berlatih kita pasti berjaya mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi," ujarnya ketika ditemui di Tekala Rimba Ranch, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor, baru-baru ini.

Setelah hampir setahun meninggalkan sukan tersebut, Zaida kini kembali bergiat dalam sukan itu dengan langkah permulaan dengan mengembalikan semula staminanya.

Yang pasti, bagi Zaida, sukan berkuda merupakan satu senaman yang baik untuk terapi diri.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam sukan tersebut, anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, dia gemar melihat orang menunggang kuda.

Bukan sahaja kelihatan menarik ketika berada di atas kuda, tetapi bagi Zaida dia amat kagum dengan kebolehan penunggangnya 'berkomunikasi' dengan haiwan tersebut.

Bagaimanapun dia memberitahu, kuda amat memahami setiap pergerakan individu yang menunggangnya, malah haiwan tersebut turut memahami apa jua yang dikatakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.