VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/02/2013

Kolagen rahsia awet muda?

Rumpai laut yang dikatakan sumber kolagen tekini.

KULIT gebu dan tegang, hidung mancung dan pipi yang montok menjadi impian kebanyakan sebahagian wanita. Kemudian, tanya pula pada mereka tentang kecantikan, semestinya jawapan yang diberi mereka ingin memiliki wajah yang cantik, kulit licin dan tidak berkedut.

Tetapi mustahil untuk kekal cantik tanpa kulit berkedut seiring peningkatan usia kerana semakin berusia kulit semakin kurang anja, kering dan kusam.

Oleh itu kita lihat wanita-wanita dahulu gemar mengambil ulam-ulaman dan sayur-sayuran berkhasiat untuk mengekalkan awet muda dan keserian wajah.

Situasi ini sedikit berbeza dengan zaman sekarang kerana pelbagai makanan tambahan, ubatan dan rawatan tertentu dihasilkan untuk membantu mereka memiliki kulit yang cantik, salah satunya adalah kolagen.

Keberkesanan kolagen dari segi kesihatan juga terbukti dari kajian yang menunjukkan orang Okinawa, Jepun adalah antara manusia yang paling ramai mempunyai purata hidup melebihi umur 100 tahun. Buktinya, adalah salah satu diet dan pemakanan seharian mereka adalah memakan kolagen dari urat dan kaki babi.

Pengamal Perubatan Estetik dari Klinik De Palma, Ampang, Selagnor, Dr. Mohd. Nasir Othman berkata, kolagen adalah unsur yang wujud di sekeliling sel untuk meletakkan sel pada tempatnya.

"Terdapat 28 jenis kolegen dalam badan manusia dengan purata 30 hingga 40 peratus berperanan membantu kulit kekal cantik dan muda selain fungsi berkaitan kesihatan tubuh.

"Kolagen penting untuk penjagaan wajah kerana jika kandungan kolagen dalam badan berkurang menyebabkan wajah tidak cantik seperti timbul masalah kedutan, jerawat, kulit tidak tegang dan sebagainya," katanya.

Tambahnya lagi, perkembangan yang berlaku sekarang makin ramai wanita yang mengambil kolagen sebagai makanan dan melakukan suntikan.

Namun masih belum ada banyak kajian yang mengatakan bahawa mengambil kolagen akan menyebabkan kulit menjadi tegang dan cantik.

"Kajian memang ada, tetapi tidak banyak. Contoh kajian yang terkini adalah kolagen yang dihasilkan daripada tulang ayam, jika ada pun masih tidak banyak kajian yang dilakukan tentang keberkesanannya.

"Kolagen yang dijamin berkesan sekarang ini adalah kolagen melalui suntikan. Kolagen melalui suntikan pula masalahnya adalah tidak halal. Kolagen yang paling popular adalah dari babi dan lembu.

"Walaupun kolagen dihasilkan dari lembu tetapi kerana ia tidak disembelih ia juga tidak halal kepada pengguna muslim. " katanya.

Ujarnya lagi, ada kajian yang dilakukan terhadap kolagen rumpai laut iaitu secara suntikan berkesan untuk mengubati penyakit sendi tetapi masih belum terbukti keberkesanannya untuk kulit wajah.

"Tidak ada kajian tentang kebaikan kolagen yang dijual di pasaran dan kolagen rumpai laut kepada wajah. Ia hanya terbukti keberkesanannya melalui testimoni pengguna yang menggunakannya.

"Apabila tidak banyak kajian, pengguna perlu lebih prihatin untuk menggunakannya dengan tidak memakai dan makan secara sembarangan kerana pengambilan tanpa pengawasan mempunyai risiko untuk dijangkiti penyakit dan alahan," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya lagi, kalau setakat makanan seperti rumpai laut ada kemungkinan selamat, tetapi apabila bahan tersebut telah melalui proses pengawetan ditakuti mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada kulit.

"Setakat makan rumpai laut sahaja tidak ada masalah kerana ia adalah bahan semulajadi seperti juga ia menjadi makanan harian oleh penduduk Korea.

"Namun, dari segi keberkesanan kolagen tersebut mungkin kurang. Jika ingin mengambilnya dalam jangka masa pendek tiada masalah. Tetapi jika pengambilannya dalam jangka masa panjang belum diyakini keberkesanan dan keselamatan kerana terdapat sebahagian ubat apabila melebihi lima tahun baharu diketahui bahawa ia tidak selamat untuk digunakan," katanya.

Menurut beliau, pada masa ini memang terdapat beberapa syarikat mengeluarkan produk kolagen dan membuat kajian tentangnya kepada pesakit-pesakit yang terlibat.

"Selepas pesakit tersebut menjalani rawatan beberapa bulan didapati kulit mereka semakin cantik dan tegang. Kaedah tersebut boleh diyakini dan diterima keberkesanannya," katanya.

Menurut Dr. Mohd. Nasir, disebabkan suplemen kolagen yang diambil belum terbukti keberkesanannya secara saintifik hanya bersandarkan kepada pengakuan pengguna, cara yang paling ideal adalah dengan cara semulajadi iaitu melalui penghasilan kolagen sendiri oleh sistem dalam badan.

"Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari atau memakai krim perlindungan cahaya matahari dengan SPF 30 ke atas, tidak merokok, mengamalkan waktu tidur yang cukup dan melakukan senaman pada wajah untuk hasilkan kolagen baharu.

"Kolagen baharu juga boleh dihasilkan pencuci muka dan skrub, yang mana sel-sel kulit mati akan tanggal bagi memberi ruang pertumbuhan kolagen dan sel baru.

"Selain itu, kaedah rawatan laser dan IPL ( Intanse Pulse Light) juga antara rawatan berkesan untuk mencantikkan kulit. Kedua-duanya seperti cahaya, apabila ditembak pada kulit, kolagen pada kulit akan pecah. Kolagen yang pecah ini dipanggil peptide yang akan menghantar isyarat kepada fibroblase yang berfungsi menghasilkan kolagen baharu," kata Dr. Mohd. Nasir.

Tambahnya, sekarang sudah wujud krim yang ada peptide di dalamnya iaitu sejenis molekul kecil apabila di sapu pada kulit akan meresap masuk ke dalamnya.

"Kesannya kulit akan menjadi lebih tegang dalam jangka masa yang singkat. Selalunya, sel-sel baharu akan mengambil masa sebulan untuk hasilkan kolagen baru," katanya.

Beliau menambah, kekurangan kolagen dalam badan juga menyebabkan timbul penyakit scurvy dan ostoejenesis imperteta iaitu akibat kekurangan vitamin C dalam badan.

Penyakit ini menyebabkan muka menjadi cengkung dan kekurangan kolagen dalam badan yang menyebabkan tulang rapuh dan mudah patah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.