VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 15/02/2013

Nasi kerabu autentik

Rohayu Mamat bersama pelbagai sajian yang disediakan di Restoran House of Nasi Kerabu.

UNTUK mendapatkan nasi kerabu tulen tidak perlu memandu jauh ke Kelantan, memadai ke Restoran House of Nasi Kerabu Taman Prima Sri Gombak, di Batu Caves, Selangor.

Mendengar nama restoran ini sahaja sudah boleh diagak bahawa sajian utamanya mestilah nasi kerabu.

Walaupun Restoran House of Nasi Kerabu ini baru dua tahun beroperasi namun sebenarnya ia sudah 20 tahun bertapak di Kelantan menggunakan nama Restoran Sri Nara yang ketika itu terletak di Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Bagaimanapun kini Pasar Lama ini telah diruntuhkan dan Restoran Sri Nara berpindah ke Tesco, Kota Bharu pada tahun lalu.

Uniknya nasi kerabu Nara terletak pada bahan-bahan campuran ketika proses penyediaannya. Nasi kerabu Nara dihasilkan daripada ekstrak jus daun mengkudu yang membuatkan nasi berbau harum.

‘‘Restoran House of Nasi Kerabu ini merupakan yang pertama di Lembah Klang. Sebelum membuka restoran ini di sini (Gombak), saya telah membuat kajian dahulu dan mendapati di sini ramai orang Kelantan. Sebab itu saya rasa lokasi ini memang sesuai,’’ kata pemilik restoran, Rohayu Mamat, 36, yang juga anak kepada pengasas Restoran Sri Nara, Jaharah Omar semasa ditemui di Gombak baru-baru ini.

Menceritakan sejarah nasi kerabu Nara, kata Rohayu, ia merupakan resipi turun temurun daripada ibunya sejak tahun 1949 lagi.

Nama nasi kerabu Nara diambil daripada satu nama daerah di selatan Thailand, iaitu Narathiwat.

Sebenarnya keluarga Rohayu memang berasal dari daerah tersebut dan moyangnya pernah menjual nasi pagi di Narathiwat.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, House of Nasi Kerabu menyediakan hidangan utamanya, iaitu nasi kerabu tumis, nasi dagang, nasi ayam kukus dan menu terbarunya, nasi kukus itik.

Walau bagaimanapun tumpuan utama restoran ini ialah nasi kerabu kerana sambutan yang cukup memberangsangkan daripada pelanggan.

‘‘Kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran ini mencari nasi kerabu. Keistimewaan nasi kerabu yang dihidangkan di sini terletak pada sambal kelapa parut yang merupakan resipi sendiri dan budu yang diproses semula.

“Budu yang diproses semula ini boleh dimakan walaupun oleh mereka yang alah kepada makanan gatal. Kedua-duanya dibuat sendiri oleh ibu saya.

‘‘Bagi nasi kerabu, yang penting dan membuatkannya sedap ialah kelapa parut dan budu. Sementara daun mengkudu dikisar bagi mendapatkan warna biru nasi kerabu,’’ ujar Rohayu yang membuka Restoran House of Nasi Kerabu daripada pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Selain menerima pelanggan yang datang makan di restoran, House of Nasi Kerabu yang boleh memuatkan sehingga 100 orang pelanggan pada satu masa, turut mengambil tempahan katering untuk rumah, pejabat, hospital dan sebagainya.

Bagi penghantaran di rumah pula, Rohayu sedia membuat penghantaran dengan tempahan minimum sebanyak 15 pek.

Beliau juga sering menerima pelanggan yang sanggup datang dari Negeri Sembilan dan Johor semata-mata untuk makan nasi kerabu.

Malah terdapat juga pelancong daripada Jepun dan negara Barat yang mengetahui mengenai restoran tersebut, sanggup datang untuk makan nasi kerabu di restoran yang berkonsep kopitiam ini.

Selain hidangan utamanya, iaitu nasi kerabu, restoran ini Restoran House of Nasi Kerabu turut menyediakan lebih 20 jenis makanan lain bagi memenuhi kehendak selera pelanggan.

Kepada anda yang gemarkan nasi kerabu boleh berkunjung ke Restoran House of Nasi Kerabu atau menelefon 017-5599782. - MERAN ABU BAKAR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.