VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/02/2013

Makananbersih, selamat

DALAM penyediaan makanan perkara yang paling perlu kita ambil berat adalah keselamatan dan kebersihan makanan. Tanya diri anda adakah makanan yang dimakan itu selamat atau sebaliknya. Ini kerana jika kita tidak mengamalkan keselamatan dan kebersihan makanan, mungkin akan mengakibatkan keracunan makanan.

Tidak cukup hanya dengan rupa yang menarik dan rasa yang enak tetapi makanan perlulah juga selamat untuk dimakan.

Oleh itu pada minggu ini saya akan menyentuh beberapa tip bagaimana memastikan agar keselamatan dan kebersihan dapat kita amalkan dalam penyediaan makanan.

Pastikan anda uruskan beberapa perkara yang saya cadangkan ini dengan cara yang betul dan sesuai.

Membasuh tangan

Masa yang kita perlukan tidak sampai seminit pun. Namun ramai yang masih ambil mudah dan tidak mengendahkan perkara ini sebagai satu amalan yang sangat penting sebelum kita mula memasak.

Tangan merupakan pusat penyebaran bakteria. Basuh tangan dengan sabun dengan rapi dan kalau boleh bilas dengan air suam supaya segala kuman dapat dihapuskan.

Gunakan langkah mudah ini iaitu mulakan dengan alirkan air ke tangan kemudian basuh dengan sabun dan gosok tangan sehingga ke siku sebaik-baiknya termasuk di celah celah jari, kuku dan di belakang tangan.

Akhir sekali bilas dengan air paip atau air suam dan keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih.

Memasak

Memasak dengan suhu yang betul mampu membunuh kuman penyebab penyakit terutama kepada makanan berdaging seperti ayam dan daging lembu. Hiris atau cucuk di bahagian tengah daging sebelum menghidangkannya.

Jika ia masih berdarah maka anda perlulah menambah masa memasaknya. Bakteria sangat aktif pada suhu di antara 40 hingga 60 darjah celsius. Jadi panaskan makanan setiap dua jam supaya dapat mengurangkan pembiakan bakteria.

Ayam perlu dimasak melebihi 74 darjah celsius. Daging lembu dan kambing pula perlu dipanaskan melebihi 71 darjah celsius manakala ikan pula suhu memasak perlu dicapai di dalamnya adalah melebihi 63 darjah celsius.

Ingat, masak makanan sehingga mencapai kepanasan maksimum hingga ke bahagian dalam supaya bakteria dapat dihapuskan sepenuhnya.

Membersih

Tahukah juga anda bahawa papan pemotong mengandungi 200 kali lebih banyak bakteria berbanding bakteria yang ada di mangkuk tandas.

Rajinkan diri untuk membasuh peralatan yang telah digunakan dengan bersih seperti papan pemotong, periuk dan pinggan mangkuk.

Gunakan span dan kain pembersih yang bersih supaya tidak ada pencemaran silang yang akan menyebabkan peralatan yang bersih itu dicemari dengan kuman oleh sesuatu yang tidak bersih.

Penyimpanan makanan

Penyimpanan makanan secara bersistematik dan betul dapat mengurangkan pembiakan bakteria.

Makanan yang berlebihan dan makanan yang telah dimasak haruslah disimpan di peti sejuk.

Sejukkan makanan yang telah dimasak sebelum disimpan dalam peti sejuk kerana makanan yang panas akan meningkatkan suhu dalam peti sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak selamat.

Makanan tin yang telah dibuka hendaklah disimpan dalam bekas baru yang bertutup.

Bahan-bahan kering seperti rempah ratus hendaklah disimpan jauh dari tempat yang panas supaya ia lebih tahan lama.

Pastikan makanan yang disimpan tidak melebihi tarikh tamat dan terlalu lama. Apa kata gunakan tip keselamatan dan kebersihan makanan yang saya kongsikan ini untuk membuat resipi minggu ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.