VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/02/2013

Mi Ipoh, mi kicap

Zarina Abdam Suleman (kiri) dan Azian Nurul Liza Abu Bakar berbangga dengan hidangan beraneka jenis mi di kios mereka di Taman Dagang, Ampang, Selangor.

BAGI yang berasal dari Ipoh, Perak, pasti pernah mendengar atau menikmati makanan kegemaran iaitu mi Ipoh.

Mi ini yang juga dikenali sebagai mi kicap, enak dimakan bersama sup dan kari disertakan sekali dengan beraneka bebola ikan dan pes cili masam.

Masakan ini biasanya disediakan oleh kaum Cina dan merupakan salah satu makanan yang paling mendapat sambutan dalam kalangan mereka seperti juga mi wantan.

Kini, kepada penggemar mi Ipoh, tidak perlu lagi ke bandar raya itu untuk memesan hidangan yang menjadi idaman mereka.

Ini kerana di Kuala Lumpur juga telah tersedia satu-satunya kios yang menjual hidangan mi ini dan disediakan secara halal.

Menurut pengusaha mi Ipoh atau mi kicap, Zarina Abdam Saleman, 41, cara penyediaan mi kicap ini adalah ringkas iaitu menggunakan dua jenis kicap, kicap manis dan pekat digaul bersama minyak bijan dan disediakan bersama kari atau pun sup.

''Pelanggan boleh memilih sama ada bahan mi itu terdiri daripada kuetiau, mi kuning atau pun bihun mengikut cita rasa mereka dan digaul sebati dengan kicap dan dimakan bersama sup atau kuah kari tadi.

''Selain pilihan mi Ipoh, pelanggan juga boleh memilih hidangan aneka mi lain seperti mi rebus, mi sup atau mi kari untuk makanan mengikut cita rasa mereka pada hari itu," katanya yang berasal dari Ipoh.

Zarina menambah, di Ipoh, mi ini dimakan pada waktu pagi untuk sarapan. namun di Kuala Lumpur mi ini di waktu pagi tidak mendapat sambutan sebagaimana hidangan nasi lemak atau roti canai.

''Kami telah membuka kios ini pada waktu pagi namun tidak mendapat sambutan. Sebaliknya orang ramai akan meminta mi ini pada sebelah petang hingga ke malam sedangkan pada asalnya mi ini dimakan pada waktu pagi sebagai hidangan sarapan ringan," katanya.

Berbalik kepada kios yang menjual pelbagai aneka mi ini, Zarina menambah, dia pernah membuka gerai mi di Ipoh. Apabila berpindah ke ibu kota mengikut suami dan anak-anak, dia terpaksa menutup gerai di sana dan mewujudkan kios baharu di Medan Selera, Taman Dagang, Ampang, Selangor, sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, chef bagi hidangan mi Ipoh ini, Azian Nurul Liza Abu Bakar, 43, memberitahu, resipi mi Ipoh ini diperoleh daripada bapanya yang juga mengusahakan hidangan sama dan pelbagai jenis mi lain di Ipoh.

''Penggemar makanan mi seperti ini pasti sukakan yang berkuah dan mi Ipoh memang menyediakan kuah yang banyak untuk dihirup oleh pelanggan.

''Biarpun pelanggan di sini meminta hidangan mi ini pada waktu petang, ada juga pelanggan kami yang memang berasal dari Ipoh datang ke kios kami pada waktu pagi kerana telah terbiasa dengan keadaan di Ipoh," katanya.

Azian Nurul Liza memberitahu, setakat ini ramai pelanggannya yang terdiri daripada kamu Cina mencuba resipi mi kicap di kios itu dan menyatakan pembuatannya seenak yang dimasak oleh kaum mereka.

Kios Mi Ipoh yang dibuka dari pukul dua petang hingga ke malam memang mudah dicari di medan selera tersebut.

Kepada mereka yang mahu mencuba mi Ipoh boleh menghubungi talian 019-324 6878 untuk membuat tempahan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.