VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 25/01/2013

Sajian makan besar

MASYARAKAT Tionghua kini sedang melakukan pelbagai persiapan bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina (TBC) pada 10 Februari nanti.

Makan besar yang diadakan pada malam sebelum sambutan tahun baru merupakan satu acara yang penting diadakan bagi setiap keluarga. Pada masa ini, setiap ahli keluarga akan berkumpul bagi menikmati makanan besar.

Selain menikmati hidangan di rumah, terdapat ramai keluarga yang gemar makan besar di hotel-hotel kerana tidak perlu bersusah payah menyediakan hidangan.

Jika masih mencari-cari hotel mana untuk menjamu selera sempena sambutan TBC nanti, bagaimana jika anda merisik-risik Restoran Emperor di Hotel Grand Dorsett Subang.

Hidangan Tahun Baru Cina di hotel ini adalah hasil air tangan Chef Eksekutif masakan Cina, Chef Loh Jiunn Voon yang berpengalaman selama 16 tahun menyediakan hidangan perayaan tersebut.

Khusus untuk hidangan kali ini, Chef Loh hanya memilih bahan-bahan yang berkualiti bagi set menu sembilan jenis hidangan bagi pengunjung restoran.

''Lima di antara sembilan jenis hidangan tersebut ialah ikan merah masak stim bersama bersama kacang rangup, timun laut timus bersama tiram segar dan banyak lagi.

''Tidak dilupakan ialah pelbagai jenis Yee Sang yang lazat disediakan daripada ikan salmon, abalon, rumpai laut dan kepah.

''Kebiasaannya pengunjung sukakan makan malam vegetarian pada hari pertama dan empat atau lima hari selepas itu barulah kami akan sibuk semula dengan hidangan lain,'' katanya.

Hidangan istimewa yang boleh dinikmati untuk makan tengah hari dan makan malam ini bermula daripada satu hingga 24 Februari.

Restoran Emperor merupakan restoran yang bercirikan tradisional dan kontemporari dihiasi dengan lukisan-lukisan minyak, memberikan layanan istimewa untuk pengunjung yang datang bersama keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan.

Sementara itu, restoran ini juga boleh menyediakan pesanan Yee Sang bagi mereka yang sentiasa sibuk dan ingin menikmatinya di pejabat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.