VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 15/12/2012

Corak berbeza untuk kemeja lelaki

BATIK merupakan terma umum yang dikaitkan dengan proses mewarna fabrik melalui penggunaan teknik tertentu di mana sehelai kain dicorakkan dengan corak lilin dan diwarnakan dengan warna-warna yang terang.

Rekaan dan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan batik telah menyumbang kepada permintaan yang tinggi dan mencapai populariti yang meluas.

Corak batik yang dihasilkan secara tradisional mudah dikenali kerana diilhamkan daripada alam sekeliling seperti flora dan fauna.

Walaupun corak-corak sedemikian masih mendapat sambutan menggalakkan, namun terdapat segelintir pereka batik generasi kini yang ingin membuat kelainan dalam rekaan batik.

Corak batik yang dihasilkan agak berbeza kerana menggunakan teknik yang berlainan serta idea tersendiri.

Munir Yahya Nasution, pemilik Dimu Designs dan Gab Butik yang terletak di Kompleks Ampang Park, Kuala Lumpur menghasilkan rekaan batik dengan identiti tersendiri khusus untuk mereka yang mahukan penampilan moden, bukan setakat untuk pasaran dalam negara, malah untuk peringkat antarabangsa juga.

Munir berkata, beliau tidak mahu berada di takuk lama dalam menghasilkan rekaan batik. Justeru, beliau kini banyak menghasilkan rekaan batik yang dilukis di atas pakaian denim yang telah siap.

''Ramai pembatik masih mengikut cara lama dalam menghasilkan batik. Rekaan batik saya lebih kepada imbasan wajah bintang-bintang tanah air seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

''Rekaan ini disukai generasi muda memandangkan mereka sukar menerima batik tradisional. Dengan cara ini juga, mereka mengenali bintang-bintang lama yang masih diminati hingga ke hari ini,'' katanya kepada S2.

Beliau menambah, masyarakat Barat berani memakai baju yang mempunyai lukisan bintang filem terkenal seperti Marilyn Monroe, jadi mengapa kita tidak berani mempopularkan bintang kita sendiri.

Kata Munir lagi, sasarannya adalah untuk mereka yang bergiat dalam bidang seni, kreatif dan golongan pelancong.

Menggunakan kain kapas untuk setiap rekaan eksklusif ini, beliau hanya menggunakan dua warna sama ada biru dan hitam, putih dan biru, coklat dan hitam serta hitam dan putih.

Menurutnya lagi, rekaan ini tidak boleh menggunakan terlalu banyak warna kerana motifnya akan tenggelam.

Selain kemeja untuk lelaki, Munir turut menghasilkan pakaian batik untuk wanita dan remaja.

Sementara itu, Mohd Zahidi Muhammad dari Shadow of Pink yang diusahakan di Seri Kembangan, Selangor ini lebih gemar menghasilkan batik dengan menggunakan acuan blok yang kini tidak lagi diminati pengusaha batik.

''Saya memilih batik blok kerana teknik ini sudah semakin ketinggalan. Ramai pengusaha batik membiarkan sahaja acuan blok batik mereka di bawah rumah.

''Lagipun cara pembuatan batik blok ini tidak memerlukan kawasan yang luas dan boleh dibuat di rumah sahaja.

''Kebanyakan rekaan saya lebih kepada corak-corak tradisional, geometri, moden kontemporari atau flora dan fauna.

''Saya membeli blok-blok lama daripada pengusaha batik tradisional lama dan daripada situ, saya mendapat corak-corak lama yang kemudian dimodenkan dengan gabungan warna dan teknik terkini,'' katanya.

Memilih warna-warna bumi seperti hitam, putih, coklat dan kelabu atau warna-warna berbayang, Juara Piala Seri Endon kategori fesyen batik 2006 dan Piala Seri Iman kategori kraf tekstil 2006 ini menambah, corak batik blok ditekap di atas kain kapas yang dijamin keselesaan.

Sementara itu, Jaludin Zaini dari Samarahan, Sarawak pula begitu berbangga dengan hasil kreatif kaum etnik negeri kelahirannya, iaitu pua.

Motif etnik Sarawak seperti motif orang Ulu dan orang Iban diterapkan di atas kain kapas, sutera dan linen yang kemudian dibuat baju untuk lelaki dan wanita.

''Motif Sarawak jarang diketengahkan kerana tidak ramai pereka Sarawak dalam bidang tekstil. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memperkenalkan motif pua kepada semua golongan masyarakat.

''Motif etnik ini sesuai dipakai ke pejabat, ke majlis rasmi atau dipakai kasual. Dengan kata lain, pemakaiannya tidak terbatas,'' ujar pemegang diploma dalam bidang batik dari Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor ini.

Memiliki butik di Taman Tun Dr. Ismail dan bengkel di Rawang, Selangor, Jaludin berhasrat untuk mengetengahkan rekaannya ke luar negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.