VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 20/09/2012

Kenali potensi anak

Analisis Cap Jari mengenal pasti lima cabang luas bakat semula jadi anak-anak.

Kempen Kenali Potensi Diri yang diterajui Dutch Lady ini adalah sebagai salah satu penyelesaian bagi ibu bapa yang mencari kebolehan serta potensi anak.

Pengarah Kanan Jenama Dutch Lady Malaysia, Wong Vai Chi berkata, di Dutch Lady Malaysia, amat penting bagi pihaknya memainkan peranan sebagai rakan seperjuangan kepada ibu bapa dalam memenuhi keperluan rangsangan dan pemakanan kanak-kanak untuk perkembangan otak yang lebih baik.

“Kami sentiasa selangkah di hadapan dan konsisten dalam bab pemakanan anak-anak. Jadi kali ini, kami memperluaskan skop dengan memperkenalkan inovasi Analisis Cap Jari yang terbaru ini untuk ibu bapa Malaysia," kata Vai Chi.

Vai Chi berkata, dengan Analisis Cap Jari ini, Dutch Lady menawarkan ibu bapa peluang untuk mengenal pasti potensi anak mereka supaya mereka boleh memupuk dan membina potensi ini dengan lebih jauh.

Ini boleh membantu memastikan bahawa peluang yang lebih baik dapat diberikan kepada anak-anak mereka supaya anak-anak dapat mencapai kejayaan dalam senario yang lebih ceria dan seimbang.

Program Analisis Cap Jari Dutch Lady, berdasarkan penyelidikan Pakar Psikologi Kanak-Kanak Indonesia, Efnie Indrianie dari Pusat SMART untuk Penyelidikan Sumber Manusia dan Perkembangan Psikologi (SMART Centre for Human Research and Psychological Development).

Penyelidikannya yang telah didokumentasikan dan diterbitkan pada 2012 bertajuk Perhubungan antara Kebijaksanaan Potensi dan Kebijaksanaan Perlaksanaan: Kaji Selidik secara Penjelasan dari Perspektif Teori Kepelbagaian Kebijaksanaan Menggunakan Analisa Cap Jari dan Pendekatan Kebudayaan

Analisis Cap Jari

Dalam kajian tersebut, Analisis Cap Jari digunakan bagi mengenali perbezaan susunan formasi saraf-saraf otak, yang boleh membantu mengenal pasti potensi seorang kanak-kanak, lantas membolehkan bakat tersebut diperkembangkan.

Meneroka potensi seseorang kanak-kanak dianggap sebagai satu kaji selidik yang sangat menarik dan mengujakan dari segi penyelidikan pemikiran (kognitif) dan fungsi otak.

Penyelidik telah membuktikan bahawa corak-corak cap jari telah terbentuk dalam fetus di antara minggu ke-13 hingga ke-19 semasa dalam kandungan ibu.

Oleh itu kebijaksanaan potensi ini sudah terbentuk dalam kanak-kanak sebelum mereka lahir.

Mengulas mengenai penyelidikannya, Efnie Indrianie berkata, setiap kanak-kanak merupakan satu individu yang unik kerana dia mempunyai profil fungsi otak yang berbeza di antara satu sama lain, yang telah terbentuk sejak dilahirkan.

Analisis Cap Jari merupakan salah satu kaedah yang boleh membantu ibu bapa mengenal pasti potensi bakat yang paling hebat di dalam diri si anak. Ini boleh menolong ibu bapa menentukan rangsangan betul untuk memupuk potensi anak dengan lebih giat.

Misalnya, seorang kanak-kanak yang berbakat dalam muzik tetapi lemah dalam kemahiran Matematik, dia boleh menggunakan muzik sebagai penyokong dalam pembelajaran Matematik untuk membantunya.

Lantas dia akan membina kemahiran muzik serta Matematik pada masa yang sama.

Analisis Cap Jari yang dikendalikan melalui Kempen Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady membolehkan ibu bapa mengenal pasti lima cabang luas bakat semula jadi anak mereka, yang berpunca dari potensi mereka.

Setiap orang dikenal pasti mengikut kumpulan yang telah ditentukan oleh corak cap jari mereka mengikut jari-jari khusus .

Kumpulan Potensi Bakat yang dirangkum dalam kempen Dutch Lady terdiri daripada Si Kreatif termasuk Si Kreatif Sistem dan Si Kreatif Pengantara, Si Berani termasuk Si Berani Berinisiatif dan Si Berani yang Innovatif, Si Mahir termasuk Si Mahir Teknikal dan Si Mahir Artistik, Si Fasih termasuk Si Fasih Bersistematik dan Si Fasih yang Kreatif dan Si Pemerhati yang merangkumi Si Pemerhati Rujukan dan Si Pemerhati Fenomena.

Dalam satu tinjauan penelitian yang dijalankan di Indonesia oleh Makmal Psychobiometric (Spectrum Synergy Biometric), didapati bahawa 75 peratus anak-anak biasanya menunjukkan sifat-sifat yang selari dengan keputusan analisis cap jari, sementara 25 peratus lebih cenderung kepada pengaruh dan pendidikan dari alam sekitar dan budaya. - Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.