VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/09/2012

Kita ada adab, tatasusila

Sambutan Hari Kemerdekaan seharusnya mempamerkan semangat patriotik dan bukannya perasaan membenci di antara satu sama lain hanya kerana berbeza pendapat terutama dalam isu politik.

KEMERIAHAN sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang diadakan pada malam 31 Ogos lalu sememangnya menunjukkan semangat warga negara yang cintakan tanah air.

Biarpun begitu, apa yang menyedihkan terdapat segelintir masyarakat yang tidak sedar diri sanggup mencemarkan sambutan kemerdekaan negara dengan melakukan pelbagai perkara yang mengaibkan.

Seharusnya, sambutan kemerdekaan perlu menunjukkan semangat patriotik, mengenang pengorbanan orang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

Tapi sayangnya, mereka tidak lagi bersyukur dengan apa yang dinikmati dan sanggup pula mahu menukar Jalur Gemilang.

Adakah ini yang dikatakan patriotik? Saya pernah melihat video ketika detik 12 tengah malam di Dataran Merdeka yang mana, semua rakyat mengalirkan air mata ketika Union Jack diturunkan dan digantikan dengan Jalur Gemilang.

Itulah semangat yang perlu ada di dalam diri setiap masyarakat Malaysia.

Sebagai warga muda negara ini, saya sangat sayangkan tanah air yang tercinta, sayangkan keamanan yang kita rasai dan sayangkan hubungan yang begitu akrab antara rakyat.

Menukar bendera, memijak gambar pemimpin dan melaungkan perkataan unsur provokasi di malam kemerdekaan sememangnya bukan cara kita.

Ada banyak cara untuk kita meluahkan perasaan seperti berbincang, mesyuarat dan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dengan cara yang teratur.

Kita bukan Mesir mahupun Thailand tetapi kita Malaysia, ada adab dan

tatasusila ketimuran yang begitu mendalam.

Tepuk dada tanya selera, adakah ini yang kita mahukan? Sebagai generasi muda negara saya sebenarnya malu dengan tindakan mereka ini yang tidak sedar dek untung.

Lebih-lebih lagi terdapat ramai pelancong asing yang turut merayakan Hari Kemerdekaan bersama-sama kami yang turut berada di Dataran Merdeka pada malam tersebut.

PEMUDA MALU

Shah Alam, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.