ARKIB : 02/09/2012
Warna-warni buku kanak-kanak
BUKU kanak-kanak antara medium terbaik bagi mendidik anak kecil berkenaan nilai-nilai murni. Masih ingat bagaimana keceriaan ilustrasi yang penuh warna-warni serta menggunakan pelbagai haiwan comel berpakaian seperti manusia bagi menarik minat kanak-kanak.
Atas permintaan yang tinggi, buku kanak-kanak sekitar 1950 hingga 1980-an diulang cetak. Namun bagi Foo Hsiang Hsien, koleksi buku comel yang disimpannya bukanlah edisi cetakan semula tetapi yang asli pada sekitar tahun tersebut.
Cerita pensyarah muda ini, hatinya tertarik untuk memiliki buku kanak-kanak lama ini kerana kekreatifan ilustrasinya yang ringkas tetapi menarik serta lain daripada lain.
"Antara kegemaran saya yang dihasilkan oleh Richard Scarry. Imaginasi beliau dalam memberikan mesej-mesej yang baik dengan menggunakan haiwan berpakaian seperti manusia amat menarik.
"Lagipun, buku-buku ini saya jadikan contoh kepada pelajar-pelajar saya bagi mendalami konsep rekaan pada zaman dahulu.
"Malangnya buku lama ini sukar diperolehi kerana usianya serta ia juga merupakan keluaran negara luar. Kebanyakannya saya temui di kedai buku terpakai dan pasar lambak di luar negara seperti di United Kingdom, Jepun dan Singapura," ujarnya yang memiliki hampir 60 buah buku kanak-kanak.
Gyo Fujikawa, Alice dan Martin Provensen serta Peggy Parish antara penulis dan pelukis ilustrasi buku kanak-kanak yang berada di rak buku rumahnya.
Penghargaannya terhadap barangan lama bukan terhad kepada itu saja. Dia turut mengumpul pelbagai lagi barang antik terutamanya alat tulis lama.
Alasannya sama. Dia mengumpul alat tulis antik seperti pen, pensil, pembaris kayu, kalkulator dan pengasah yang ditemuinya di kedai alat tulis lama kerana rekaannya yang menarik dan kualitinya yang tidak setanding sekarang.
Baginya, kualitinya lebih bagus kerana menggunakan bahan berkualiti, bukannya plastik berbanding sekarang.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









