ARKIB : 31/08/2012
Meh le d' Cafe
TEMA meh le singgah menghiasi Restoran Meh Le d' Café yang mula beroperasi sejak Julai 2011 di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Restoran Meh Le d' Café mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehinggakan ia menjadi pilihan pengunjung yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan yang disajikan.
Malahan, harga bagi setiap hidangan sangat berbaloi dan rasa masakan juga tidak mengecewakan.
Meh Le d' Cafe menyediakan tiga set individu dengan harga RM10.50. Selain itu pelbagai menu dan hidangan menarik turut disajikan oleh Meh Le d' Café, antaranya sup tulang, sambal Jawa, daging black pepper, ayam berempah, laksa Johor dan banyak lagi.
Pemilik Meh Le d' Café, Rohani Mat Nor, 44, yang pernah berkecimpung dalam perniagaan butik dan andaman berkata, sup tulang dan sambal Jawa merupakan antara menu istimewa yang terdapat di Meh Le d' Café.
Menariknya di Meh Le d' Café, kesemua pekerjanya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-mara.
"Ramai yang mengatakan bahawa sup tulang, sambal Jawa, lempeng kelapa dan sardin merupakan antara hidangan yang mendapat pujian pengunjung.
"Apa yang lebih menarik, sambal Jawa Meh Le d' Cafe menggunakan resipi sendiri," jelasnya.
Katanya, antara minuman istimewa yang disajikan adalah ice-blanded aneka perisa. Ice-blanded oreo pula antara pilihan pengunjung yang mengunjungi restoran ini yang juga pernah menerima kunjungan daripada kerabat diraja dan juga pelancong luar.
Selain itu Meh Le d' Cafe menyajikan ikan siakap goreng Meh Le yang hanya disediakan di bulan Ramadan.
Apabila ditanya tentang perancangan masa hadapan Rohani berkata, Meh Le d' Cafe akan memperkembang dan memperluaskan lagi perniagaan di cawangan baru sekiranya menerima sambutan yang baik dan menggalakkan dalam masa dua tahun lagi.
" Kami juga ada merancang untuk menambah menu khas untuk kanak-kanak," katanya.
Waktu urus niaga Meh Le d' Cafe bermula jam 11.30 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hari Isnin hingga Sabtu.
Untuk sebarang tempahan, bolehlah hubungi 03-92021544 (Ayu).
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Kerabu kangkung keistimewaan Jemari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









