ARKIB : 28/08/2012
Facebook perangi rokok
TABIAT merokok di kalangan remaja berada pada tahap yang membimbangkan. Merokok juga adalah penyebab terbesar kepada masalah kanser.
Seiring dengan perkembangan teknologi hari ini, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Court Malaysia (Court) telah melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia.
Pengarah Urusan NCSM, Rubi-Ain Dahlan berkata, kempen pencegahan kanser melalui saluran media sosial seperti facebook akan menjadi saluran utama untuk berkongsi maklumat dengan golongan muda.
Halaman Facebook I Choose bertujuan menggalakkan para belia untuk menghadiri atau menghentikan tabiat buruk merokok.
"Kempen ini juga bertujuan memperkasakan pelajar sekolah menengah dan kolej di Malaysia dengan amalan gaya hidup yang mudah diterapkan dalam aktiviti harian mereka," katanya.
Katanya lagi, kajian menunjukkan pencegahan penyakit kanser bermula dengan gaya hidup yang sihat.
Justeru adalah lebih wajar jika masalah ini dapat dihindari awal lagi.
"Antara petua menjaga kesihatan untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kronik lain ialah menggunakan krim perlindungan sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan pendedahan kepada asap rokok.
"Dengan halaman Facebook I Choose kami dapat memikat hati para belia dengan menggunakan nada dan gaya bahasa yang mereka gemari kerana golongan belia berkeupayaan menyerap maklumat yang banyak," katanya.
Ujarnya lagi, sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang menggembleng tenaga selebriti tempatan untuk memerangi tabiat merokok dijadikan bahan utama dalam kempen tersebut.
"Satu aktiviti menarik dalam kempen ini merupakan pertandingan membuat video terbuka kepada belia di Malaysia yang berusia 13 hingga 24 tahun.
" Peserta dikehendaki merakamkan diri mereka dan berkongsi pendapat tentang keburukan merokok. Video tersebut perlu dihantar sebelum tarikh tutup 30 september 2012.
"Lima orang pengkarya terbaik berdasarkan daya kreativiti dan personaliti pengacara akan memenangi hadiah-hadiah menarik ihsan Courts," katanya.
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









