VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 27/08/2012

Jenama SOKO

JIKA dilihat di kampung-kampung, banyak sekali usahawan tempatan berminat menjalankan pelbagai kegiatan industri kecil dan sederhana (IKS).

Antaranya seperti perusahaan makanan ringan, kuih tradisional, makanan sejuk beku, produk bakeri dan sebagainya.

Apa yang unik, proses pembuatan makanan-makanan itu biasanya menggunakan resipi turun-temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga terdahulu.

Maka, tidak hairanlah kesemua produk tersebut mempunyai rasa asli, sedap dan pasti memberi kepuasan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.

Walaupun begitu, kebanyakan usahawan ini berhadapan masalah tidak mempunyai akses yang luas bagi memasarkan produk mereka kepada lebih ramai pelanggan.

Kalau ada pun, mereka akan menjualnya kepada pembeli-pembeli di sekitar kawasan kampung atau pemborong-pemborong kecil.

Salah satu sebabnya, produk-produk berkenaan tidak mempunyai penjenamaan khusus yang dapat membantu pelanggan mengenali serta mengingatinya.

Justeru, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah mengambil langkah menyatukan kesemua produk industri asas tani (IAT) di negeri itu menerusi penjenamaan SOKO.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Umairah Abu Kasim, SOKO yang membawa maksud saka atau turun-temurun mula diperkenalkan sejak tahun 2006.

‘‘Objektif pengenalan jenama ini adalah untuk memudahkan aktiviti mempromosi setiap produk IAT melalui penganjuran ekspo dan pameran.

‘‘Cara ini dilihat dapat memudahkan aktiviti pemasaran di samping menyediakan sistem pembungkusan dan pelabelan secara berpusat.

‘‘Untuk melayakkan usahawan mendapat penjenamaan SOKO, mereka perlu mengikuti beberapa syarat asas seperti lulus ujian piawai iaitu mengaplikasi resipi yang telah ditentukan oleh Jabatan Pertanian,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada program lawatan Jabatan Pertanian bersama wartawan Mega Utusan Malaysia ke Inkubator Usahawan IAT Jabatan Pertanian di Ampang Tinggi, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Selain Ampang Tinggi, terdapat beberapa Pusat Inkubator IAT lain di seluruh Negeri Sembilan iaitu Rembau, Kuala Pilah, Seberang Batu Hampar, Seremban, Batu Kikir dan Jempol.

Umairah memberitahu, terdapat seramai 456 orang usahawan IAT di Negeri Sembilan dan 50 daripada mereka telah pun mendapat penjenamaan SOKO.

Nilai pengeluaran produk IAT di Negeri Sembilan pada tahun lalu pula berjaya mencecah sehingga RM16.4 juta.

Usahawan yang berminat mendapatkan penjenamaan SOKO perlu mengemukakan pencalonan sebelum menjalani sesi temuduga dan kursus yang akan dijalankan dua tahun sekali.

Mereka yang berjaya akan ditawarkan tapak inkubator untuk operasi dengan kadar sewa RM150 hingga RM250 sebulan dan perlu mengeluarkan modal sendiri di samping bakal menerima beberapa bantuan lain yang bersesuaian.

Ia termasuk bantuan mesin pemprosesan, promosi jualan di ekspo dan pameran yang disertai Jabatan Pertanian.

Kontrak mereka pula akan diperbaharui setiap lima tahun sekali bergantung kepada produktiviti, kebersihan dan keupayaan prestasi yang ditunjukkan.

‘‘Apa yang menarik, mereka akan menerima keuntungan 100 peratus hasil jualan dengan jaminan peningkatan pendapatan setiap tahun.

‘‘Berkat usaha keras mereka, hari ini sudah ada beberapa usahawan yang telah berjaya membawa produk mereka menembusi pasaran di pasar raya besar seperti Jusco, Mydin dan Carrefour.

‘‘Tidak kurang juga yang mengeksportnya seperti kerepek bawang ke Bahrain dan teh misai kucing ke United Kingdom (UK),’’ jelasnya.

Bagi memastikan usaha menambah baik operasi dilaksana secara berterusan, Pegawai Pertanian akan menjalankan pemantauan setiap dua bulan sekali.

Di samping itu, pihak Jabatan Pertanian turut menjalankan kerjasama dengan beberapa agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk melengkapkan para usahawan dengan maklumat kualiti serta persembahan.

Menjelang akhir tahun 2012, Pusat Inkubator Usahawan IAT Jabatan Pertanian Negeri Sembilan menyasarkan kemunculan seramai 580 usahawan dengan 80 usahawan SOKO.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.