ARKIB : 25/08/2012
Kenapa saya sayang Malaysia
APA yang kamu terfikir bila sebut Hari Kemerdekaan? 31 Ogos! Cuti umum! Bunga api! Perarakan! Atau mungkin, hari kita perlu kibarkan Jalur Gemilang.
Itu mungkin jawapan yang sinonim diberi oleh semua orang. Erti sebenar kemerdekaan tidak hanya terletak pada jawapan di atas, tetapi lebih daripada itu. Penghayatan, pengorbanan dan kesetiaan kepada negara amat penting dalam mengekalkan erti kemerdekaan sebenar.
Tahun ini, sudah 55 tahun kita merdeka, mungkin ada antara ibu bapa kita masih lagi kecil ataupun belum lahir semasa kita mencapai kemerdekaan.
Cuba tanya pada datuk dan nenek kita, bagaimana mereka bersusah payah dan berkorban untuk mencapai kemerdekaan pada zaman penjajahan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Sebagai remaja, penghayatan erti kemerdekaan mungkin telah berubah, tiada lagi perjuangan menentang penjajah mahupun keperitan hidup dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Anak pasca merdeka sememangnya beruntung kerana dilahirkan dalam suasana aman damai, keharmonian dan kestabilan ekonomi yang membantu membantu generasi baru negara ini.
Memetik ucapan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jangan ditanya apa negara beri kepada kita tapi tanya diri kita apa yang kita sumbangkan kepada negara.
Jadi, ruangan Fokus kali ini mendekati golongan muda negara ini dalam menghayati apa erti kemerdekaan dalam cara mereka sendiri.
Soalannya mudah, kenapa kamu sayang Malaysia?
Jom kita ikuti jawapan yang diberi oleh mereka dalam fokus kali ini. Apa pula jawapan kamu? - KREW .COM
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









