VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/08/2012

Jom spa di mana saja

SPA di rumah yang selesa dan tiada apa yang perlu dirisaukan hanya nikmati ia seadanya.

SIBUK? tiada masa? tiada siapa yang boleh jaga anak? Itu semua bukan lagi alasan untuk wanita memanjakan diri. Dengan adanya spa bergerak, semuanya boleh direalisasikan hanya dengan berkata 'ya'.

Memang diakui wanita kini majoriti memegang pelbagai tanggung jawab seperti pekerja, ibu, isteri, pelajar dan anak. Ini membuatkan mereka sukar meluangkan masa untuk memanjakan diri sendiri sedangkan ia juga penting bagi memastikan diri bersedia untuk mengharungi semua tanggung jawab tersebut dengan baik.

Inisiatif yang diambil oleh Seri Spa yang melancarkan perkhidmatan spa bergerak, Seri's Mobile Spa adalah satu usaha yang amat bermanfaat untuk wanita hari ini.

Pemiliknya, Seri Shamsidatul Safrun Mohamad Thani, 31, berkata, konsep itu seperti parti spa yang bertujuan memenuhi kehendak wanita yang ingin ke spa tetapi lebih selesa melakukan di rumah sendiri.

"Ini disebabkan halangan kesukaran memandu, ada anak yang perlu dijaga atau menyusu badan, ingin berkongsi waktu lapang bersama teman dengan aktiviti penjagaan diri.

"Parti spa ini juga boleh memberikan gambaran awal tentang rawatan diri bagi mereka yang mungkin tidak pernah ke spa atau ada tanggapan yang tidak tepat tentang spa," jelas Seri.

Selain itu, menurut Seri, konsep itu boleh mencipta kelainan bagi bakal-bakal pengantin, remaja yang meraikan hari jadi dan ibu-ibu untuk meraikan hari istimewa.

"Ahli keluarga seperti pengantin dan sepupu-sepupu dapat bersama dan eratkan silaturrahim di samping berkongsi kegembiraan menjalani rawatan bersama.

"Perkhidmatan disediakan memang ada persamaan seperti yang ditawarkan di spa, tetapi bergantung pada kesesuaian. Ia lebih ringkas, tidak menggunakan mesin atau rawatan yang kompleks," jelas Seri yang mempunyai spa sendiri yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Antara rawatan yang boleh dilakukan adalah facial, manicure, pedicure, urut badan, handspa, footspa, bodymask, bodyscrub dan sebagainya.

Sesiapa yang berminat mencuba Seri Mobile Spa ini boleh lawati di facebook Seri's spa atau hubungi 0289263207.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.