ARKIB : 19/08/2012
Penggemar sampul duit raya
SIAPA yang tidak gemar dengan sampul duit raya setiap kali tiba hari lebaran, terutamanya yang tebal dengan 'isinya'.
Mohd. Nasir Mohd. Daud yang sudah menjangkau usia 37 tahun turut mengakui masih sentiasa memburu sampul duit raya termasuk daripada rakan dan taulan.
Walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai tiga orang anak, Nasir tidak segan dengan pengakuannya itu kerana dia sebenarnya memburu sampul, bukan isinya.
Memiliki lebih 1,000 keping sampul duit raya, ceritanya, hobi mengumpul sampul duit raya bermula ketika dia berusia 11 tahun iaitu pada 1986.
"Koleksi pertama saya adalah sampul daripada Malayan Banking Berhad yang diberikan oleh saudara saya ketika di kampung di Perak.
"Sepanjang alam persekolahan, saya menyimpan rapi semua sampul duit raya yang saya terima atau yang ditemui dengan melekatkannya di atas kertas manila.
"Sehinggalah sudah bekerja, saya mula menyimpannya di dalam album gambar supaya lebih tersusun," ujarnya yang turut gemar mengumpul setem.
Selain sampul duit raya anak-anak serta anak saudaranya, Nasir turut mendapatkan koleksinya dengan menawarkan kepada rakan-rakan sekerjanya RM1 untuk setiap keping sampul yang masih belum dimilikinya.
Ceritanya, dia menjadikan mengumpul sampul duit raya sebagai hobi memandangkan ia adalah percuma dan dapat mengimbau sejarah reka bentuknya setiap tahun.
Menariknya, ada di antara koleksinya dikeluarkan oleh syarikat yang sudah tidak ada lagi memandangkan usianya yang berpuluh-puluh tahun seperti Bank Pusat Kerjasama Berhad, Hankyu Jaya dan Hock Hua Bank Berhad.
"Impian saya ialah menjadikan minat mengumpul sampul duit raya sebagai hobi orang ramai melihat kepada kosnya yang tidak begitu tinggi serta nilai budaya kita," ujarnya yang merancang untuk menubuhkan kelab mengumpul sampul duit raya.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









