VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/08/2012

10 tahun tak bercuti raya

Chef Ahmad Zailan Zulkapli menampilkan kebolehan menghasilkan pelbagai jenis masakan.

TIDAK pernah bercuti dan berhari raya bersama keluarga pada hari raya pertama sejak 10 tahun lalu merupakan perkara biasa bagi Chef Ahmad Zailan Zulkapli.

Menggalas tanggungjawab besar di pagi raya, Chef Ahmad atau lebih dikenali sebagai Chef Lan merupakan antara orang penting yang bertugas di dapur Istana Negara.

Begitupun, Chef Lan merupakan antara chef yang bertuah kerana beliau hanya ditugaskan untuk menyediakan santapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Pernah berkhidmat di bawah dua Yang di-Pertuan Agong terdahulu, kepakaran beliau masih 'ditagih' untuk pemerintahan Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah Almarhum Sultan Badlishah.

Menurut Chef Lan, walaupun lebih 10 tahun bekerja di Istana Negara, tetapi hakikatnya beliau merupakan chef yang dipinjam dari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Begitupun, beliau gembira kerana dapat berkhidmat di istana, malah turut terharu apabila perkhidmatannya disambung untuk Tuanku Abdul Halim dan juga Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun.

Berbicara lanjut mengenai kerjayanya di Istana Negara, jelas Chef Lan, dia bersama dua lagi chef lain hanya ditugaskan untuk menyediakan santapan bagi Yang di-Pertuan Agong dan juga Raja Permaisuri Agong. Ini termasuklah santapan di pagi raya.

Sebelum Tuanku Abdul Halim, saya pernah berkhidmat dengan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Yang pasti, pengalaman bersama kedua-dua baginda adalah berbeza. Untuk Tuanku Abdul Halim saya baru sahaja merasainya," ujarnya ketika ditemui di kediamannya, baru-baru ini.

Menyentuh mengenai hidangan yang disediakan di pagi raya, jelas Chef Lan, ia berbeza antara satu sama lain di mana sudah pasti selera masing-masing adalah berbeza.

Untuk itu, pengalamannya bersama Almarhum Sultan Salahuddin hidangan seperti nasi tomato, ketupat, nasi himpit dan juga rendang menjadi kenangan.

Manakala hidangan nasi dagang, nasi beriani dan juga sate debok merupakan pengalaman manis yang tidak mungkin dilupakan ketika bersama Tuanku Mizan.

Sementara itu, untuk Tuanku Abdul Halim pula beliau masih belum mengetahui menu kegemaran memandangkan tahun ini tahun pertama berkhidmat di bawah baginda.

Lagipun, beliau yang baru memulakan kerja setelah bercuti sakit juga masih belum mendapat menu untuk dimasak di pagi raya.

Chef Lan yang arif dalam bidang masakan Melayu dan Barat bagaimanapun memberitahu bahawa tidak semua menu Yang di-Pertuan Agong tahu dimasaknya.

Malah beliau turut mendapat nasihat dan tunjuk-ajar daripada chef yang bekerja di Istana Negeri.

Beliau yang juga akan mengikuti ke mana sahaja Yang di-Pertuan Agong pergi turut menyatakan bahawa setakat ini setelah 10 tahun berkhidmat di bawah pemerintahan dua Yang di-Pertuan Agong, beliau sudah mengetahui makanan kegemaran masing-masing.

Menyentuh mengenai persiapan untuk memasak santapan di pagi raya, tambah Chef Lan, segala-galanya dilakukan pada malam raya agar keesokan harinya keadaan tidak menjadi kalam kabut.

Apa pun, menurut bapa kepada dua orang cahaya mata itu, tahun ini dia berada dalam keadaan tunggu sedia (stand-by) kerana Tuanku Abdul Halim berada di Kedah kerana baru lepas menjalani pembedahan mata.

Yang pasti, Chef Lan gembira dengan kerjayanya hari ini kerana dapat menyediakan santapan untuk pemerintah negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.