ARKIB : 10/08/2012
Rezeki Ramadan Zaida
INI diakui sendiri oleh Zaida Mohamed Abdul Aziz, 40, seorang pengusaha kuih raya moden dan juga hamper.
Dia yang memulakan perniagaannya sekitar tahun 2000 memberitahu permintaan kuih dan hamper raya meningkat berkali-kali ganda apabila tiba musim perayaan termasuk ketika Hari Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina dan tidak ketinggalan musim perkahwinan.
"Alhamdulillah, rezeki musim perayaan yang diperoleh setakat ini boleh dikatakan melebihi jumlah daripada hari-hari biasa.
"Yang pasti setiap kali musim perayaan tiba saya tidak menang tangan untuk menyiapkan semua tempahan dan terpaksa mengupah orang," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Zaida atau lebih dikenali sebagai Lily di kalangan kenalan dan pelanggannya, menyatakan semua tempahan yang diterima dibuatnya sendiri termasuklah kuih raya.
Kata Zaida, ia bagi menjaga kualiti produk selain memberikan kepuasan kepada setiap pelanggan dan memastikan setiap produknya diingati.
Jadi tidak hairanlah setiap tahun dia pasti menerima tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap baik kuih raya mahupun hamper.
Tahun ini, antara kuih raya yang dibuat Zaida ialah butter cookies, snow white, almond bar, peanut butter dan shell tat.
Katanya, walaupun produknya tidak menerima tempahan dari seluruh Malaysia, tetapi yang pasti setiap kali musim perayaan tiba dia adalah antara salah seorang pengusaha yang tidak menang tangan untuk menyiapkan kesemua tempahan yang diterima.
Selain menerima dan menyiapkan tempahan pelanggan, bermula 1 hingga 12 Ogos ini Zaida tidak melepaskan peluang untuk membuka gerai sempena program Promosi Kraf Aidilfitri di Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay.
Malah ketika di luar musim perayaan, Zaida turut memasarkan produknya (kuih) ke restoran La Cucur di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) serta Bangsar Village.
Dalam pada itu, bagi graduan kejururawatan, Nurul Nasuha Punari, 22, kesibukan menyiapkan tempahan untuk dipasarkan di kedai sendiri dan di pasar tani, merupakan satu senario biasa apatah lagi menjelang perayaan.
Kata Nurul, bapanya merupakan seorang usahawan kuih tradisional yang berniaga tanpa mengira musim perayaan.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Sekinchan pastinya nama Masri tidak asing lagi kerana ia adalah antara pengeluar produk-produk tradisional seperti kuih baulu, pelbagai jenis rempeyek, kuih ros, pelbagai jenis kerepek, pelbagai jenis kuih raya, kuih tiram, kuih bangkit santan dan banyak lagi.
Tetapi jelas Nurul, pengeluaran dan pembuatan kuih raya yang diusahakan bapanya itu pasti bertambah dan jumlahnya berlipat kali ganda apabila menjelangnya musim perayaan.
Menurut anak keempat dari lima beradik itu, kesemua adik beradiknya pasti akan membantu sekiranya mempunyai kelapangan.
Malah dia yang kini sedang menunggu panggilan kerja tidak melepaskan peluang bersama-sama membantu tidak kira dari segi pembuatan kuih ataupun penghantaran kepada pelanggan.
"Permintaan yang tinggi apabila tibanya musim perayaan terutama hari raya tidak dinafikan malah jumlahnya lebih daripada sekali ganda.
"Untuk itu kami pastinya akan menambah pekerja dan ketika ini juga semua pekerja akan bekerja siang dan malam tanpa cuti untuk memenuhi tempahan para pelanggan.
"Tetapi selalunya kuih yang dihasilkan pada musim perayaan masih tidak mencukupi. Kami cuba menyiapkan segala tempahan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di premis perniagaanya yang terletak di Lot 051 Parit 7, Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor, baru-baru ini.
Jelas sekali kedatangan Ramadan setiap tahun pastinya memberi pulangan yang lumayan kepada para peniaga.
Tidak keterlaluan sekiranya menyatakan, cukuplah berniaga selama 30 hari, rezeki Ramadan ini dilihat mampu menjana pendapatan mereka (peniaga) sepanjang tahun.
Bagaimanapun kesungguhan serta kegigihan yang dipamerkan baik Zaida mahupun Nurul Nasuha dilihat satu yang positif dalam menjana pendapat masing-masing.
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









