VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 07/08/2012

Nostalgia Qaseh

KETIKA suri rumah serta ibu-ibu sibuk memikirkan menu untuk dimasak sewaktu berbuka puasa mahupun bersahur, bagi usahawan berjaya ini beliau tidak perlu memikirkannya kerana telah mempunyai rangkaian menu nostalgia yang boleh dijadikan hidangan.

Tatkala semua orang ingin menikmati hidangan yang berbeza daripada hari-hari sebelumnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DCL, Datuk Dr. Stapa Omar dilihat tetap bersederhana.

Menjadikan pengalaman hidup masa lampau sebagai sepadan diri, Stapa tidak pernah lupa dengan menu-menu yang pernah dinikmatinya bersama keluarga ketika susah dahulu.

Baginya menu-menu tersebut mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri. Malah sehingga kini beliau menyifatkan menu-menu tersebut merupakan menu mewah untuknya sekeluarga.

Maka tidak harianlah sekiranya masakan daripada air tangan Stapa sendiri menjadi 'tagihan' anak-anaknya hari ini.

Ketika ditemui di kediamannya di Kajang, Selangor, baru-baru ini, Stapa telah menyediakan lima hidangan nostalgia untuk dikongsi bersama.

Masakan-masakan tersebut ialah masak pedas timun (kulit tembikai) Qaseh, mi changlong Qaseh, sardin tranformasi Qaseh, sambal keropok Qaseh dan sup ikan kerisi Qaseh.

Ternyata kesemua hidangan yang dimasak mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain dilihat begitu berbeza daripada menu-menu yang sedia ada hari ini.

Mengikut Stapa, kesemua menu tersebut adalah ilham beliau bersama adik-beradiknya yang lain ketika kecil dahulu.

Disebabkan kesempitan hidup menjadikan mereka sekeluarga makan apa yang ada dan mencipta menu yang berlainan agar tidak jemu.

Untuk masak pedas timun (kulit tembikai) Qaseh ia merupakan hidangan sayur masak air dengan menggunakan kulit tembikai.

Selain rasanya seperti sayur kundur ia sememangnya satu menu yang jarang dilihat dimasak oleh masyarakat hari ini.

Bagi mi changlong Qaseh pula ia merupakan mi goreng yang menggunakan mi lidi bersama bebola ikan yang dibuat sendiri menggunakan ikan sardin segar.

Mi lidi ini hanya boleh diperoleh di Terengganu dan sudah pasti rasanya berbeza daripada mi yang terdapat di pasaran hari ini.

Sardin tranformasi Qaseh merupakan antara menu kegemaran Stapa, isteri dan anak-anak.

Ini kerana ikan sardin tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum digoreng manakala sosnya tidak digunakan langsung.

Selepas itu, ikan sardin tersebut akan digaulkan bersama sambal tumis yang dimasak asing.

Menu sambal keropok Qaseh merupakan satu lagi menu yang begitu unik.

Ia adalah hasil gabungan keropok kering yang direndam terlebih dahulu bersama air panas bersama peria dan juga sambal.

Sup ikan kerisi Qaseh merupakan menu biasa yang diperoleh tetapi menu ini juga antara menu kegemaran anak-anak Stapa.

Selain mudah dan ringkas untuk dimasak ia merupakan satu hidangan yang sihat.

Dilihat cukup bersederhana dan ringkas, Stapa menjelaskan bila tibanya Ramadan dia lebih selesa berbuka di rumah bersama isteri dan anak-anak berbanding di luar.

"Walaupun saya dilihat begitu sibuk dengan tugasan harian, saya seboleh- bolehnya akan memastikan mempunyai masa untuk berbuka bersama isteri dan anak-anak di rumah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.