ARKIB : 05/08/2012
56 wanita jadi tetamu angkasa
BARU-BARU ini angkasawan wanita Amerika Syarikat (AS) pertama Sally Ride meninggal dunia akibat barah Pankreas pada usia 61 tahun. Pemergian beliau itu bak kata pepatah manusia mati meninggalkan nama.
Berikutan keberaniannya menongkah arus dalam dunia yang dikuasai lelaki telah membuka mata bahawa wanita juga mampu menjelajah angkasa. Namun hakikatnya Ride bukan wanita pertama yang meneroka angkasa. Wanita pertama adalah Valentina Tereshkova yang melakukannya pada tahun 1963.
Ride hanya berjaya melakukannya selepas 20 tahun Tereshkova berlepas ke angkasa. Paling terbaru wanita berjaya menjelajah angkasa adalah pada bulan Jun lepas apabila wanita bernama Liu Yang menjadi rakyat China pertama menawan angkasa.
Sehingga kini hanya 56 wanita bertuah berjaya ke angkasa lepas namun jumlah itu nyata terlalu sedikit berbanding 525 angkasawan yang telah berjaya ke angkasa lepas. Sesungguhnya bidang ilmu sains angkasa adalah sesuatu yang menarik untuk diterokai dan dipelajari.
Bagaimanapun ramai juga yang agak skeptikal terhadap bidang ilmu sains angkasa. Mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat secara terus terhadap manusia seperti mana telefon bimbit, kenderaan dan pelbagai lagi.
Namun hakikatnya tidak ramai yang sedar bahawa bidang aeroangkasa atau lebih khusus teknologi angkasa sebenarnya menyumbang peratusan yang tinggi dalam kajian dan pembangunan teknologi canggih yang berjaya diaplikasikan untuk kegunaan awam.
Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada 1961 oleh Soviet Union ketika itu, banyak misi telah dirancang untuk meletakkan manusia tinggal di angkasa lepas lebih daripada tiga bulan dan ia berjaya disempurnakan.
Proses untuk menyempurnakan sesebuah misi tersebut telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi angkasawan, kesan persekitaran angkasa terhadap fisiologi dan fizikal angkasawan, keperluan alatan yang sesuai untuk membantu angkasawan bekerja di stesen angkasa dan pelbagai lagi.
Antaranya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikroalga yang dikenali sebagai Formulaid, sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) dan pelbagai lagi
Ini cuma sebahagian kecil sumbangan teknologi angkasa untuk membantu memudahkan kehidupan manusia. Dalam pada itu, sumbangan wanita dalam bidang penerokaan angkasa sama nilainya dengan lelaki.
Pancawarna minggu ini menyorot sumbangan wanita dalam bidang aeroangkasa sekali gus mengakui peranan dan pemikiran mereka dalam menjadikan bidang ini sesuatu yang diterima ramai kini. Apa yang jelas kini tiba masanya untuk Malaysia juga menghantar wanita ke angkasa bagi membuktikan kemampuan seseorang angkasawan itu meneroka ruang angkasa yang tersembunyi 1001 rahsia adalah sama tanpa mengira gender.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









