VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 04/08/2012

Sukan Olimpik dan Ramadan di London

Dari kanan, Norkasihan Ibrahim, Nur Azyyati Ahmad dan Nor Amirrah Ibrahim cekal menyambut Ramadan ketika musim panas dan Sukan Olimpik 2012 di London, United Kingdom.

BERPUASA di London, United Kingdom tahun ini bukan hanya mencabar kerana tempoh siang yang panjang tetapi penganjuran temasya Sukan Olimpik 2012 menyebabkan rutin hidup penduduk kota metropolitan itu juga perlu berubah.

Rakyat Malaysia yang berada di kota itu termasuk pelajar program Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Farmasi Klinikal, University College London, Norkasihan Ibrahim, tidak terkecuali daripada menerima tempias itu.

"Jika di tanah air yang terletak di garisan Khatulistiwa, kita sudah biasa subuh pukul 6 pagi, berbuka lingkungan jam 7 malam dan menjelang 10 malam boleh berehat menikmati moreh setelah selesai solat tarawih.

"Tetapi di London pada musim panas tahun ini, subuh jam 3 pagi dan maghrib 9 malam manakala tarawih selesai jam 12 tengah malam. Jika ingin berehat sebentar dan bangun semula untuk bertahajud serta bersahur, besar kemungkinan tidak terjaga langsung apatah lagi jika seharian penat mengerah tenaga dan fikiran,'' ujarnya dalam e-mel kepada S2.

Beliau menambah, jika ingin terus berjaga sehingga subuh, besar kemungkinan pula terlewat bangun untuk menghadiri kuliah.

"Sempena Sukan Olimpik merata-rata poster ditampal di stesen-stesen bas dan tren memaparkan saranan supaya warga London memulakan perjalanan harian sebelum pukul 7 pagi bagi mengelak kesesakan,'' katanya.

Maka jelasnya, rutin di sepanjang Ramadan perlu lebih berdisiplin.

"Walaupun berpuasa 18 jam dan hanya sempat tidur dua atau tiga jam sahaja, perjalanan ke kuliah dan tugasan kajian perlu bermula seawal pagi untuk mengelakkan kesesakan dan gangguan kenderaan awam.

"Walau penat macam mana sekali pun kami tidak mahu menggunakan alasan kerana berpuasa produktiviti berkurang dan tugasan tidak dapat disiapkan.

"Panji 'Islam Adalah Cara Hidup Sebenar' harus sentiasa didokong supaya tidak mudah diperlekehkan,'' tambahnya.

Sahabatnya, Nur Azyyati Ahmad yang mengambil kesempatan bertugas sebagai sukarelawan Sukan Olimpik di Stadium Akuatik Olimpik, Stradford pula tidak akan melupakan pengalaman bersahur pada Ramadan pertama di stadium berkenaan.

"Sudahlah bertugas di kawasan terbuka, pakaian seragam pula tidak cukup untuk menahan angin malam dan dingin hujan.

"Walaupun juadah bersahur sangatlah berbeza daripada juadah di Malaysia iaitu sandwich, kentang lenyek, pasta dan buah, tetapi semangat untuk berpuasa diteruskan juga,'' ujar pelajar PhD jurusan Sains Komputer, King's College London.

Beliau menambah, apa yang menarik, keputusannya berpuasa mendapat sokongan dan dihormati rakan bukan Islam daripada pelbagai negara.

Kemesraan dan rasa hormat yang ditunjukkan penduduk tempatan terhadap penganut Islam yang berpuasa sangat baik dan turut dirasai rakannya Nor Amirrah Ibrahim, pelajar tahun akhir jurusan biokimia, King's College London

"Majikan dan rakan-rakan sekerja amat prihatin dengan keselesaan dan hak pekerja muslim yang memerlukan waktu dan ruang untuk menunaikan solat. Pengalaman beginilah yang memberi keterbukaan minda dalam bersosial tanpa mengira batas kepercayaan agama," katanya.

Apa yang pasti solat tarawih berjemaah di kota London juga tidak kurang meriah khususnya di masjid utama London di Regent Park.

Lunaknya bacaan imam yang mana witirnya diiringi doa yang boleh menitiskan airmata sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Bagi penuntut tahun empat di Universiti Christ Church Canterbury, Kent, Mohamad Noh Mustafah Hussain, puasa tahun ini memberi kelainan apatah lagi setelah mengambil keputusan bekerja sambilan di universiti.

"Komuniti Islam di Canterbury tidak besar, oleh itu kami sentiasa berbuka beramai-ramai, bertarawih dan moreh bagi mengurangkan kerinduan dan memeriahkan suasana Ramadan," katanya yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.