VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 04/08/2012

Sahur 3 jam sesudah berbuka

Zainal Fitri Abu Khair dan keluarga ceria menyambut Ramadan di Sweden meskipun terpaksa berpuasa hampir 20 jam.

HATI mana yang tidak tunduk kepada makanan dan minuman selepas hampir 20 jam menahan lapar dan dahaga. Dek kerana mengikut hati, kami makan dan minum cukup-cukup masa berbuka pukul 9.49 malam.

"Masalah timbul tiga jam kemudian apabila sukar untuk bersahur kerana masih kenyang. Lantas, kami memilih makanan ringan seperti susu dan bijirin sebagai menu bersahur sebelum solat subuh pada pukul 2.23 pagi.

"Tindakan itu bagaimanapun memberi kesulitan apabila seawal pukul 10 pagi sudah terasa lapar sedangkan waktu berbuka masih jauh, kira-kira 12 jam lagi."

Begitu luahan Farah Afiqah Zainal Fitri, 19, pelajar tahun satu Umeå University, Stolkhom Sweden ketika menceritakan pengalaman menempuh puasa hampir 20 jam bersama keluarga baru-baru ini.

Beliau mengikuti bapanya, Zainal Fitri Abu Khair yang bertugas di salah sebuah syarikat telekomunikasi menambah, kesulitan itu membuatkan mereka sekeluarga membuat sedikit perubahan.

"Selepas beberapa hari berlalu kami sekeluarga mengambil keputusan untuk makan ringan ketika berbuka dan makan lebih berat ketika sahur," katanya ketika dihubungi S2 baru-baru ini.

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu menambah ini merupakan tahun kelima mereka sekeluarga menyambut Ramadan di bumi Scandinavia itu.

"Ketika sampai tahun 2008, bulan puasa jatuh pada Oktober iaitu memasuki musim luruh di mana maghrib pukul 7.45 malam," ujarnya lagi.

Sementara itu adiknya, Muhammad Farid, 13, pelajar gred tujuh, Sekolah Antarabangsa Sollentuna menambah, latihan berpuasa yang dilakukan sepanjang bulan Syaban tahun ini banyak membantu mereka menempuhi puasa panjang kali ini.

"Atas nasihat ibu, Aryati Anuar, bulan Syaban lalu kami menjalani latihan puasa termasuk pada tarikh 26 Jun lalu yang merupakan hari siang paling panjang pada musim panas kali ini.

"Ayah juga selalu berpesan, jika boleh melalui hari pertama, insya-Allah puasa pada hari-hari seterusnya akan menjadi lebih mudah kerana siang semakin pendek," katanya.

Mengikut perkiraan, maghrib di bandar raya itu akan jatuh pada pukul 8.35 malam pada penghujung Ramadan berbanding pukul 9.50 malam pada hari pertama Ramadan lalu.

Ditanya penerimaan rakan-rakannya, Farid berkata, ramai rakannya bertanya bagaimana dia boleh melalui semua itu (tidak makan dan minum sampai berjam-jam).

"Saya jawab, itu semua terletak pada hati, minda dan kemahuan," katanya.

Sementara itu, Zainal Fitri berkata, cabaran puasa bukan hanya datang daripada lapar dan dahaga tetapi pertembungan budaya tempatan yang jika tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan masalah besar.

"Di sini, amalan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap hak kanak-kanak cukup kuat. Sebagai contoh jika di sekolah cikgu mengetahui anak kita berpuasa, dia akan bertanya kenapa?

"Jika anak kita jawab, sebab ayah saya mengarahkan berpuasa, maka si ayah bakal berdepan tindakan undang-undang. Oleh itu, dalam hal tersebut anak telah diajar supaya menjawab: "Saya berpuasa kerana agama saya menyuruh saya berbuat begitu."

"Ada ketikanya cikgu menghubungi saya meminta supaya membenarkan anak saya berhenti berpuasa. Timbul perasaan marah tetapi saya perlu tenang dan menjelaskan dengan baik bahawa, semua itu bukan satu paksaan tetapi terletak atas kemahuan individu," katanya.

Zainal Fitri menambah, pengajaran besar daripada puasa hampir 20 jam adalah ia berjaya meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

"Sebelum ini timbul banyak tanda tanya, ketakutan dan keyakinan untuk berpuasa dalam tempoh panjang. Hakikatnya, perkara itu tidak perlu difikirkan sangat kerana semuanya sudah ditentukan Allah SWT.

"Tanggungjawab kita adalah menunaikan perintah-Nya. Jadi penyerahan diri kita kepada Allah sebenarnya menjadi lebih dekat di sebalik semua cabaran ini," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkara paling dirindui ketika Ramadan, Farah menjawab bazar Ramadan dan keseronokan berbuka bersama bapa dan ibu saudara termasuk Farida, Fauziah dan Zainudin Abu Khair serta Abdul Rahman Anuar (Ngah Dol) dan sepupu yang lain.

"Saya pula merindui suasana tarawih di surau-surau di Shah Alam kerana kami selalu bertukar-tukar surau daripada satu malam ke malam yang lain seperti Surau Sekyen 7, Seksyen 3, Seksyen 11 dan Masjid Negeri. Dan, paling best 'pekena' roti canai di kedai mamak selepas tarawih," kata Farid mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.