VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 04/08/2012

Kerja sambilan sepanjang Ramadan

sYED Nabil Syed Ahmad berniaga sambilan menjual songkok di Pasar Down Town, Cheras, Kuala Lumpur.

KERJA sambilan menjelang musim perayaan sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang inginkan pendapatan tambahan bagi menyambut hari raya.

Pelbagai barangan baru seperti pakaian, barangan rumah, kelengkapan memasak mahupun kuih muih perlu disediakan membuatkan ramai yang giat bekerja bagi menampung perbelanjaan itu.

Tidak ketinggalan golongan remaja, walaupun mereka tidak mempunyai tanggungan mahupun komitmen yang besar terhadap keluarga, namun kerja sambilan ini dilihat penting bagi mereka.

Kebiasaannya, mereka telah menetapkan matlamat untuk membeli sesuatu barangan apabila mereka melakukan kerja sambilan ini.

Antaranya membeli baju, kasut, seluar, jam tangan, komputer, telefon bimbit dan juga membantu meringankan beban ibu bapa menjelang hari raya.

Pelbagai kerja yang dipilih sama ada menjadi seorang promoter di pusat membeli-belah, menjual kuih raya, berniaga di bazar Ramadan mahupun menjual pakaian dan kelengkapan sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka ini dapat dilihat hanya muncul pada musim-musim tertentu seperti pada Ramadan hingga menjelang hari raya.

Sempena Ramadan ini, mari kita lihat aksi dan gelagat remaja yang bekerja sambilan untuk mendapatkan duit lebih menjelang hari raya nanti.

"TIDAK seperti orang lain yang terikut-ikut dengan berniaga kuih dan biskut raya setiap kali masuk bulan Ramadan ataupun menjual kain mahupun tudung.

Bukan kerana merasakan ia sesuatu yang ketinggalan zaman, namun saya sendiri tidak tahu kuih dan biskut mana yang sedap serta kain dan tudung mana yang kini menjadi trend orang ramai.

Pada tahun lalu, saya berjaya menjual lebih 1,500 kotak coklat dan pada tahun ini saya merancang untuk menjual lebih 2,000 kotak coklat dengan menggunakan pelbagai medium termasuklah laman sosial Facebook.

Tahun ini saya bercadang untuk membeli iPad dan kamera DSLR Canon untuk digunakan pada hari raya nanti.

Jika ada duit lebih bolehlah buat simpanan untuk masa hadapan atau membeli baju raya untuk adik-beradik yang lain."

SHARIFAH DORA AHMAD, 25

Peniaga

"INI tahun kedua saya membuat kerja sambilan pada Ramadan. Sebenarnya, saya sudah mempunyai pekerjaan tetap dengan sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Bagaimanapun, bagi mendapatkan pendapatan lebih, saya sanggup membantu keluarga berniaga dim sum di Bazar Ramadan Taman Melawati, Kuala Lumpur setiap hari.

Mudah untuk saya membuat kerja sambilan kerana waktu bekerja saya adalah dari pukul 7 pagi hingga 3 petang sahaja. Selepas tamat waktu kerja, saya akan bergegas ke bazar ini untuk membuka gerai.

Walaupun saya hanya menerima upah sekitar RM30 sehari, tetapi saya menjangkakan akan memperoleh pendapatan keseluruhan sebanyak RM4,000 sepanjang Ramadan ini.

Saya belum merancang nak beli apa-apa barang lagi, tapi yang penting pada tahun ini saya akan beraya sakan."

MOHD. AKMAL AZAM SURANI, 22

Pembantu jualan

"SAYA merupakan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tetapi melakukan kerja sambilan dengan menjual kasut.

Kebetulan, Ramadan kali ini jatuh pada musim cuti belajar dan saya mengambil kesempatan ini dengan bekerja sambilan.

Bekerja sambilan ini bukan sahaja menambah duit poket, malah turut memberi ilmu tambahan kepada saya tentang selok-belok untuk berniaga.

Memandangkan saya merupakan anak yatim, jadi pendapatan kali ini akan saya beri kepada mak saya untuk membuat persiapan hari raya keluarga kami.

Duit selebihnya akan saya simpan dan gunakan untuk persiapan raya serta kuliah."

AMERUL MUSTAQIM MOHAMAD, 25

"KALAU ada yang bertanya kenapa saya bekerja sambilan, jawapan utama saya untuk mengisi masa terluang.

Pada siang hari, saya bekerja sebagai kakitangan sebuah hospital. Saya berfikir, daripada saya tidak membuat apa-apa, lebih baik saya bekerja sambilan.

Tambahan, sekarang ini adalah Ramadan, jadi dengan duit pendapatan sambilan ini, dapatlah saya membeli apa yang saya hajatkan.

Untuk tahun ini, persiapan hari raya sudah lengkap termasuk baju dan yang lain-lain.

Jadi, saya merancang untuk menggunakan duit pendapatan sambilan untuk membeli barangan perabot baru."

FARAH MEUTIA IBRAHIM, 21

"SELALUNYA, tidak ada syarikat yang sanggup memberi bantuan mahupun produk yang sedikit kepada peniaga sambilan.

Perkara seperti inilah yang menjadi masalah kepada remaja yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal yang banyak dan hanya dilakukan ketika musim perayaan.

Namun melalui produk coklat Amani, mereka yang berminat hanya perlu membeli minimum 50 kotak sahaja untuk mendapatkan harga pemborong.

Mereka juga boleh memilih pelbagai jenis coklat daripada Coklat Kurma Amani, Coklat Praline Amani dan juga Amani Coklat Cluster yang dikeluarkan pada musim perayaan ini."

ZARITH MELISSA ABDUL RAHIM, 34

Pengarah Urusan Rab 9 Food Industries Sdn. Bhd.

"BAGI saya, ketibaan Ramadan bukan sahaja merupakan satu rahmat kepada umat Islam, tetapi peluang untuk menambah rezeki.

Hampir setiap tahun, tiba sahaja Ramadan, maka saya akan merebut peluang untuk menambah pendapatan.

Pekerjaan tetap saya sebagai pemandu pelancong bukan halangan untuk bekerja sambilan jika tahu membahagikan masa.

Hasil bekerja sambilan juga banyak membantu saya. Sebagai contoh, pendapatan sampingan tahun lepas saya gunakan untuk menambah duit belanja perkahwinan saya.

Untuk tahun ini, saya bercadang untuk membeli sebuah van bagi menambah sumber pendapatan tetap saya."

SYED NABIL SYED AHMAD, 29

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.