ARKIB : 01/08/2012
Sup cair pun selera
SEJAK pulang dari Bandung, Indonesia kerana melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, ini merupakan tahun kedua bagi penulis blog kesayangan ramai, Nur Fatin Liyana Asri (Fatin) berpuasa di tanah air.
Berkongsi pengalaman berpuasa di Indonesia, Fatin yang terkenal menerusi blog Honeykoyuki.blogspot berkata, keadaannya memang tidak semeriah Malaysia kerana tiada bazar Ramadan.
"Tahun lalu selepas pulang ke Malaysia dan menyambung latihan praktik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), saya begitu teruja ke bazar Ramadan.
"Tinggal dalam kolej di PPUKM membuatkan saya hampir setiap petang ke bazar Ramadan yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri. Walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh itulah keseronokan apabila menjelang waktu berbuka," ujarnya yang ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.
Menceritakan pengalamannya berpuasa dengan pesakit dalam hospital, Fatin berkata, apa saja makanan yang disajikan untuk pesakit di wad semuanya membuka selera.
"Kalau waktu bulan tak puasa, tengok makanan pesakit di hospital memang tak selera. Tapi bulan puasa tengok sup cair pun dah tertelan air liur," katanya yang merupakan penggemar pulut kuning dan rendang daging untuk juadah berbuka.
Fatin yang kini memasuki tahun ke empat pengajiannya, berazam untuk mengurangkan aktiviti ke bazar Ramadan untuk tahun ini.
Malah dia juga berazam untuk tidak boros berbelanja pada makanan berbuka.
"Malam selepas solat Terawih saya akan belajar secara berkumpulan dan tidur memang lewat. Saya tidaklah berkata akan khatam al-Quran dalam bulan Ramadan ini tapi saya berkata pada diri sendiri akan membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya satu muka surat.
"Malah sebelum masuk bulan puasa saya telah bersedia melatih diri dengan berpuasa sunat dan melibatkan diri dalam usrah.
"Puasa melatih diri menahan nafsu dan inilah masanya untuk membanyakkan sedekah," ujar Fatin yang mempunyai lebih 42,000 pengikut di laman blognya dengan paparan dilihat pelayar Internet berjumlah 12.7 juta sejak tahun 2009 lalu.
Sempena bulan Ramadan juga, Fatin mengambil kesempatan menulis pengisian berbentuk rohani di blognya.
Katanya penulisan sempena Ramadan ini sedikit berbeza agar ia dapat memberikan manfaat dan pahala buat yang mengamalkannya.
"Bukan saya mahu jadi terlalu alim, saya juga bukanlah alim sangat, tapi walau saya tak buat amalan sunat yang saya tulis di blog saya harap pembaca yang membaca informasi berbentuk keagamaan tersebut mengamalkannya.
"Saya juga ingin berpesan kepada semua pembaca blog saya agar tidak melakukan perkara yang sia-sia di bulan Ramadan ini," katanya yang mengehadkan aktiviti blogging sejak akhir-akhir ini kerana mahu memberi lebih tumpuan pada pelajaran.
Untuk sesi Selera Selebriti di bulan Ramadan, Fatin memilih menu kari kepala ikan salmon dan kambing panggang yang dimakan bersama nasi putih dan acar buah.
"Memang sedap dan menyelerakan! Cubalah," katanya.
'Nyaris saya dimadu kerana zuriat lelaki'
Cabaran berniaga makanan
Kicap penyedap makanan
Berhati-hati jika anda orang ketiga
'Bahtera' berantakan salah siapa?
Apabila benang, jarum bertemu
Nur Sarah lawan leukemia
Pakaian comel untuk bayi
Cabaran jadi suri rumah
Guna produk solekan halal
Tipu kerana nak kahwin
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









