VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 01/08/2012

Pengumpul busana lama

Zubaidah Sual menunjukkan beberapa baju lama yang bahannya tidak lagi boleh didapati pada hari ini.

Setiap usaha yang dijalankan oleh Zubaidah Sual, 59, bukanlah satu perkara yang sepatutnya dipandang remeh. Sanggup menggadaikan masa lapangnya untuk mencari apa yang dikatakan khazanah Melayu lama untuk dipulihara dan disimpan, sebelum dipertontonkan dan diberikan mandat yang tersendiri dalam memberi jiwa terhadap barangan berkenaan agar tidak terus lupus dan pupus ditelan zaman.

‘‘Generasi hari ini tidak lagi memberi perhatian kepada barangan lama dan tekstil antik ini. Akibat perubahan masa dan peningkatan gaya hidup, siapa lagi yang sanggup bertahan untuk memberikan satu nilai yang positif bagi barangan lama ini.

‘‘Kecuali daripada mereka yang sememangnya mempunyai semangat kecintaan terhadap barangan berkenaan," kata wanita kelahiran Batu Pahat, Johor itu tatkala ditanya mengenai minatnya yang mendalam dalam pengumpulan tekstil lama.

Sementelah telah sekian lama berkecimpung dalam bidang pengumpulan harta kebudayaan ketika bertugas sebagai Penolong Kurator di Muzium Negara menjadikan hatinya begitu terikat dengan barangan tekstil lama.

‘‘Hampir 25 tahun bergiat dalam bidang ini, sedikit sebanyak saya pun ada mengumpulkan tekstil lama yang saya letakkan di sebuah rumah kedai.

‘‘Apabila sudah bersara saya melihat barangan lama ini boleh dipertontonkan kepada generasi sekarang menerusi butik yang saya usahakan iaitu Cashmere yang kini terletak di Dataran Selayang, Batu Caves, Selangor," katanya yang mempunyai tiga orang anak dan empat orang cucu itu.

Berkisar dari situ, butik Cashmere dipertaruhkan sebagai barangan pengumpulan tekstil lama dan antik yang sering dikunjungi oleh mereka yang amat berminat dengan sejarah warisan Melayu lama. Juga mempelai yang mahukan baju persalinan yang lain dengan memakai baju persalinan yang antik, dipinjam untuk teater, drama purbawara mahupun parti berpakaian tradisional.

Boleh dikatakan butik itu menyediakan pakaian juga bertindak sebagai galeri yang menyedia dan mempamerkan kostum dan barangan kemas lama dari tahun 1500-1970.

Selain itu ia juga menawarkan perkhidmatan membekal semua jenis kostum klasik, aksesori eksklusif rekaan Malaysia.

‘‘Galeri berbentuk butik ini sudah penuh sebenarnya sebelum kami berpindah ke tempat baru sekarang yang lebih luas. Begitupun saya masih mencari sama ada terdapat tekstil-tekstil lama yang boleh saya dapatkan untuk dijadikan koleksi simpanan saya," katanya yang juga teman rapat kepada Allahyarham Azah Aziz.

Namun Zubaidah pastinya bersyukur kerana seorang daripada anaknya, Wawa Md. Zainal, 26, berkelulusan bidang fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Perak, memperlihatkan kecintaannya terhadap barangan berkenaan dan berminat untuk menguruskan galeri dan butik itu untuk tatapan generasi masa depan.

‘‘Nak cari pelapis memang sudah, sekarang ini saya mengumpulkan barangan lama dengan Wawa menyediakan rekaan yang lebih moden berteraskan material yang agak klasik.

‘‘Bukan setakat untuk rekaan sahaja Wawa juga akan bertindak membuat semula pakaian lama dan dipermodenkan untuk cita rasa lebih sesuai bagi masa kini," katanya yang memberitahu Cashmere pada asalnya dibuka di Gombak, Selangor.

Zubaidah berkata, remaja hari ini apabila bersanding lebih gemar memakai gaun mahupun baju moden daripada memilih songket, berbanding dengan pasangan pengantin di Indonesia yang dilihat akan memilih untuk memakai pakaian tradisional masing-masing mengikut suku kaum mereka apabila bernikah atau bersanding.

Zubaidah yang memang terkenal dengan kepakaran penjagaan tekstil lama itu memang sering dipanggil untuk memberikan ceramah mengenai tekstil yang dipulihara di seluruh negara.

‘‘Saya bertekad, mungkin membuka galeri ini bukan satu bidang yang dikomersialkan untuk menjadi kaya, tetapi sebenarnya ini adalah sumbangan saya demi maruah bangsa Melayu yang penuh dengan istiadat dan seni lama yang bernilai tinggi.

‘‘Hanya mereka yang mengetahui betapa bernilainya seni warisan bangsa ini untuk disimpan sebagai satu tatapan bangsa untuk generasi akan datang," katanya yang membuka galerinya setiap hari untuk tatapan umum.

Kepada mereka yang berminat untuk melihat sendiri keindahan seni tekstil lama termasuk barangan kemas dan perhiasannya mahupun menempah untuk majlis persandingan boleh hubungi talian 013-3927609 dan 012-3253360 untuk pertanyaan lanjut.

- Rosmah Dain

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.