ARKIB : 31/07/2012
Sunda jadi pilihan Suraya
KESUNTUKAN masa memenuhi tuntutan kerjaya dan kedudukan pejabat yang jauh dari kediaman membuatkan pengacara dan penyeri iklan komersial, Suraya Yeop Jr. memilih untuk berbuka puasa di restoran kegemarannya, Dapoer Bandoeng.
Kedudukan restoran ini memang lokasi yang strategik bagi Suraya kerana ia berdekatan pejabat dan rumah ibu mertuanya.
Restoran yang berkonsep makanan Sunda yang dimiliki oleh sahabat karibnya sejak kecil, Intan Juliana Zulkifli ini memang menepati selera Suraya yang sememangnya gemarkan makanan berkhasiat.
"Dapoer Bandoeng menyajikan makanan yang enak tanpa MSG atau perisa tambahan. Paling saya suka untuk berbuka ialah nasi ayam bakar yang dimakan bersama karedok, sejenis masakan berasaskan ulam-ulaman," ujar Suraya yang ditemui di restoran yang terletak di Kelana Parkview, Kelana Jaya, Selangor.
Suraya yang pernah menjadi pengacara rancangan bual bicara wanita, Wanita Hari Ini kini menukar haluan profesion kepada pegawai perhubungan awam.
Namun tidak bermakna bidang pengacaraan dilupakan sama sekali. Berkat pengalaman mengacara secara langsung, Suraya telah diberi kepercayaan meneraju rancangan berbentuk realiti yang diberi nama Inspirasi Pesona.
Dalam rancangan tersebut, Suraya berkongsi pengalaman dengan pelanggan yang berjaya menurunkan berat badan, melebatkan rambut dan melicinkan wajah.
Wajah komersial Suraya juga telah terpilih untuk menerajui beberapa iklan untuk media elektronik dan cetak.
"Kini saya sepenuh masa melakukan kerja perhubungan awam dan terlalu sibuk untuk memasak.
"Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas jadi, jika tidak berbuka di restoran, mungkin di rumah ibu mertua yang terletak di Petaling Jaya dan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan sahaja," katanya yang juga penata gaya untuk sebuah majalah berbahasa Inggeris.
Ibu kepada Ilhan Moris, 2, ini juga memilih Dapoer Bandoeng kerana resipi aslinya memberikan khasiat seimbang untuk keperluan tubuh sihat.
Selain itu cara persembahan makanannya juga dibuat dengan istimewa iaitu makan di atas pinggan bakul yang beralaskan daun pisang.
"Harganya juga amat berpatutan. Melengkapi juadah berbuka saya ini tentulah air kegemaran saya iaitu alpukat coklat atau jus avokado yang ditambah coklat, memang menyegarkan," ujarnya.
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









