ARKIB : 31/07/2012
Karya kaki Siti Aishah
MENURUTNYA yang lebih 20 tahun menceburi bidang ini, menjadi sebahagian daripada Persatuan Pelukis Kaki dan Mulut amat bermakna buat dirinya untuk meluaskan lagi bakatnya walaupun kurang upaya.
Persatuan tersebut telah memberi peluang untuk mereka menyara hidup di mana kesemua ahli-ahlinya belajar menggunakan berus yang dipegang dengan mulut dan jari kaki.
Pertubuhan persatuan ini pada tahun 1956 telah membuka sinar harapan sepenuhnya bagi membiayai diri mereka melalui penjualan lukisan dan penulisan.
Demi meneruskan usaha dan bakatnya untuk mencari nafkah bagi diri dan keluarga, dia telah menggunakan kaedah penjualan kad sempena Hari Raya Aidilfitri buat sesiapa yang berminat dengan hasil kreativiti mereka.
“Matlamat kami adalah untuk berdikari dari segi kewangan dan demi menjunjung kehormatan diri serta memperolehi kepuasan kreativiti.
“Sememangnya sukar untuk mencari kaedah penjualan yang dapat memuaskan hati orang tetapi melalui kaedah ini membolehkan kami menerangkan latar belakang kisah kad-kad yang dihasilkan daripada lukisan asal," kata Siti Aishah.
Mereka yang senasib Siti Aishah kelihatan hebat apabila mampu menghasilkan lukisan yang menarik seterusnya daripada lukisan asal mereka itu akan dicetak dalam bentuk kad, buku alamat, poster, buku hari jadi, kalendar dan sebagainya.
Dia yang mesra disapa Kak Aishah itu terlalu berminat dalam bidang ini sejak di bangku sekolah lagi.
Katanya, setelah tamat persekolahan, dia terus bergiat secara aktif dalam persatuan yang kini mempunyai 10 orang ahli termasuk dirinya.
“Tahun lalu saya berpeluang ke Singapura untuk melaksanakan satu demonstrasi secara beramai-ramai bagaimana kaedah lukisan kami dikomersialkan.
“Program yang melibatkan persatuan seluruh dunia itu memberikan 1001 kenangan manis buat kami sekali gus berpeluang menjejakkan kaki di tempat orang," tambahnya.
Beliau juga turut menceritakan pengalamannya ketika mencanting batik.
Dia mengakui sedikit kekok untuk membuat corak batik daripada membuat corak di atas kertas lukisan.
Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk belajar seni tradisional itu kerana berpegang teguh pada pendirian seperti kata pepatah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Bagi anak ketiga daripada tujuh beradik ini, dia tidak mahu meletakkan beban atas bahu keluarga sekiranya diri sendiri masih mampu untuk berdikari.
Sesungguhnya mereka ini dapat dijadikan sebagai contoh demi mengembalikan semula semangat mereka-mereka yang kurang upaya di luar sana.
Sekalipun cacat anggota, gadis ini tetap tabah dan menjalani hari-harinya dengan bertemankan berus lukisan.
Sempena musim perayaan yang akan datang, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kad-kad raya hasil daripada karya Siti Aishah, bolehlah menghubunginya di talian 013-4053619. - NUR SYUHADA IBRAHIM
Percumakah kehidupan kita?
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









