VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 29/07/2012

Bukti pengembaraan

SUDAH jauh wanita ini berjalan di serata dunia. Percikan air dari Air Terjun Iguazu di Brazil sudah dirasainya, sejuk udara bersalji di Norway telah dinikmati, kehangatan padang pasir di Mesir turut telah ditempuhinya.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan serta kekaguman Sabariah Yusoff, 59, terhadap ciptaan Allah ketika menjejaki tempat-tempat yang indah itu melainkan gambar-gambar dengan panorama menawan.

Namun, merasakan gambar yang diambilnya tidak cukup kuat sebagai tanda kenangan, Sabariah menghimpunkan segala pengalamannya di sana melalui buku berkenaan setiap negara yang dilawatinya yang turut dibeli di sana.

Terang Sabariah, dia memilih untuk membawa pulang buku-buku berkenaan setiap negara yang dilawatinya kerana hobinya sendiri yang suka membaca dan dia mengakui tidak akan dapat mengambil gambar secantik gambar jurugambar profesional yang dipaparkan dalam buku-buku tersebut.

Memiliki lebih 20 buah buku mewakili setiap negara yang dilawatinya, cerita Sabariah, ia juga sebagai pendorong kepada keluarga serta rakan-rakannya yang berhasrat menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut.

"Kawan-kawan saya sering membawa pulang barang-barang seperti beg, kasut dan kain atau cenderamata seperti rantai kunci atau pelekat peti ais bermagnet untuk tanda kenangan, tetapi saya lebih suka buku mengenai negara tersebut.

"Sudut gambar di dalam buku-buku tersebut lebih menarik berbanding yang diambil sendiri. Contohnya ada pemandangan dari dalam helikopter, belum tentu kita berpeluang mengambil gambar sedemikian.

"Lagipun setiap kali bercuti, belum tentu kita dapat menghabiskan lawatan ke semua tempat menarik dalam sesuatu negara, maka gambar serta penerangan di dalam buku tersebut dapat membuat kita seolah-olah berjaya menghabiskan lawatan.

"Selain itu, saya merasakan buku-buku yang saya bawa pulang ini dapat dijadikan inspirasi kepada keluarga dan rakan-rakan untuk menunaikan impian mereka melancong mahupun menyambung pelajaran di luar negara," ujarnya sambil menyusun buku-buku tersebut di antara ratusan koleksi bukunya yang lain.

Tempat lain yang telah dijelajahi Sabariah bersama suami dan anak-anak antaranya Turki, Switzerland, Sepanyol, Korea, Itali, Budapest, Finland, Prague, Mekah, China dan Belanda.

HawaiiCeritanya, dia mula membawa pulang buku-buku tersebut pada 1993 sewaktu mengikut suami menjalani kursus di Hawaii dan dari situ jugalah Sabariah terus berjalan-jalan ke serata dunia mengagumi tempat orang.

Dia yang gemar melawat kawasan kampung setiap negara yang disinggahinya berkata, Korea, Norway dan Brazil antara lokasi kegemarannya kerana pemandangan yang indah serta menakjubkan.

"Saya harap dengan buku-buku yang dibaca oleh keluarga mahupun rakan-rakan yang datang ke rumah dapat dimanfaatkan serta menjadi penguat untuk mereka melihat negara-negara orang yang mempunyai keistimewaan sendiri," ceritanya mesra.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.