VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 27/07/2012

Menu Thai pilihan Rozi

Miang kam menjadi sajian kegemaran keluar Rozi Abdullah sepanjang Ramadan ini.

THAILAND bukan lagi asing kepada masyarakat Malaysia hari ini malah ia merupakan antara sajian yang menambat selera penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Tidak terhad hanya kepada menu-menu seperti tom yam, ayam pandan Thai, kerabu mangga, nasi goreng nanas dan kari ayam hijau, malahan kini miang kam (menu pembuka selera) semakin digemari dan dikenali di kalangan penduduk Malaysia.

Bagi Datin Rozi Abdullah, kekerapannya mengikut suami, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman ke Thailand telah memperkenalkannya kepada menu pembuka selera tersebut.

Buat pertama kali mencubanya kira-kira enam tahun lalu, Rozi terus 'terpikat' malah hari ini ia menjadi salah satu menu pembuka mulut kegemaran di kalangan ahli keluarganya.

Menurut Rozi, pembuka mulut tersebut bukan sahaja boleh dimakan pada bila-bila masa tetapi turut menjadi pembuka selera untuk dia sekeluarga apabila tibanya Ramadan.

Cara penyediaan yang ringkas serta bahan-bahan yang mudah didapati membolehkan Rozi menyediakannya sekerap mungkin.

Begitupun Rozi menjelaskan pembuka selera tersebut akan 'menjadi' sekiranya menggunakan sos khas yang hanya boleh diperoleh di Thailand ataupun di kedai-kedai yang menjual barangan Thai.

Selain itu ia juga memerlukan daun kaduk sebagai bahan utama di mana daun ini juga susah hendak diperoleh.

"Bahan-bahan untuk miang kam terdiri daripada bahan-bahan yang mudah didapati cuma sos dan daun kaduk yang mungkin sukar untuk diperoleh.

"Bagaimanapun sos miang kam ini boleh diperoleh di kedai-kedai yang menjual barangan Thai manakala daun kaduk boleh dibeli di pasar tani ataupun pasar malam.

"Walaupun hidangan ini satu hidangan yang ringkas, anda pastinya akan suka apabila mencubanya buat pertama kali," katanya lagi.

Turut dikenali sebagai ulaman tradisional Thai, ia boleh diibaratkan seperti pucuk kaduk yang berinti.

Jika dilihat bahan-bahannya, ia adalah bahan yang mudah dicari seperti kacang goreng, cili padi, udang kering, kelapa parut goreng, limau nipis, halia serta bawang besar.

Cara penyediaannya juga mudah di mana daun kaduk akan disapu terlebih dahulu dengan sos miang kam kemudian diletakkan kesemua bahan-bahan tadi dan seterusnya dilipat kemas.

Ia akan kelihatan seolah-olah seperti sirih dan sudah pasti rasanya begitu enak sekali.

Bagi Rozi, miang kam bukan sahaja satu menu pembuka selera yang begitu enak untuk dinikmati tetapi ia juga merupakan satu hidangan yang berbeza dan sihat.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.