VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 21/07/2012

Tidak salah bawa telefon ke sekolah

KEMENTERIAN Pelajaran bercadang membenarkan pelajar untuk menggunakan telefon di sekolah mulai tahun hadapan.

Bagi saya, tidaklah menjadi satu kesalahan membawa telefon ke sekolah, lebih-lebih lagi zaman ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi terkini.

Apa salahnya jika kita mengaplikasikan teknologi seperti telefon ke dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi alat komunikasi sudah menjadi sebahagian daripada keperluan setiap individu.

Saya amat menyokong keputusan ini kerana ia sejajar dengan perkembangan semasa serta faktor keselamatan pelajar.

Lima belas tahun lalu, telefon hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Namun kini, corak penggunaannya tidak terbatas. Ada kemudahan internet, e-mel, panggilan video dan lain-lain.

Malah penggunaan telefon juga membantu pelajar dari segi melakukan ulang kaji pelajaran di perpustakaan melalui kemudahan Internet.

Teknologi yang ada sekarang juga memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk mengawal pergerakan dan mengetahui lokasi anak-anak mereka.

Cuba bayangkan anak anda diculik tanpa sebarang telefon yang dibawanya. Mungkin agak sukar untuk mengesan lokasi anak anda berada atau menghubungi pihak berkuasa.

Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga.

Malah, kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jika perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.

Apa yang penting sekarang ialah bagaimana sistem kawalan penggunaan telefon di kalangan pelajar supaya kemudahan itu tidak disalah guna.

Saya juga risau kerana sekiranya kemudahan itu digunakan tanpa sebarang kawalan, ia dikhuatiri akan menyumbang kepada gejala sosial di kalangan pelajar sekolah.

Malah, tanpa kawalan juga, sistem pembelajaran pelajar di sekolah juga akan terganggu dan mereka tidak fokus semasa di dalam kelas.

Pastinya Kementerian Pelajaran sudah merangka sistem kawalan ini untuk mengelak perkara yang negatif di kalangan pelajar sekolah.

Oleh kerana itu, saya tidak risau dengan cadangan itu. Sememangnya penggunaan telefon ada kebaikan dan keburukannya, tetapi keburukan itu pasti dapat dikurangkan dengan sistem kawalan yang efektif.

Remaja 80-an

Cheras, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.