VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 08/04/2013

Program baru UMP

Sebahagian pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh UMP khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada penganjuran Pameran Pendidikan UMP di Pahang baru-baru ini.

UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) bakal menawarkan dua program baharu iaitu Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) bagi sesi akademik 2013/2014 bermula September ini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, dua program yang ditawarkan itu membabitkan kerjasama UMP dengan universiti luar negara.

Menurutnya, program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Farmaseutikal) di bawah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli merupakan program kerjasama dengan Institut Technology Tallaght, Ireland.

''Bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pengurusan Insfrastruktur) di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam, ia melibatkan program kerjasama dengan University of Southern Queensland, Australia,'' katanya baru-baru ini.

Kata beliau, UMP menawarkan dua program dwiijazah melibatkan kerjasama dengan pihak institusi pengajian di Jerman, Hochschule Karlsruhe, University of Applied Sciences (HsKA) melibatkan bidang kejuruteraan automotif dan kejuruteraan mekatronik yang kini memasuki tahun keempat.

Jelasnya, terdapat 32 program ditawarkan UMP bagi pengambilan pelajar di peringkat prasiswazah sesi akademik kali ini dimana 27 daripadanya merupakan program di peringkat ijazah sarjana muda dan lima program di peringkat diploma.

Ujar Dr. Daing Nasir, kemasukan pelajar bagi program diploma adalah pada Jun ini manakala program ijazah sarjana muda pada September ini.

''Kita juga bakal memperkenalkan program yang merupakan satu-satunya bidang yang masih baharu untuk memenuhi keperluan negara, iaitu program dwiIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan.

"Ini merupakan hasil kerjasama UMP dengan Reutlingen University (RU) Jerman yang bakal ditawarkan pada tahun hadapan.

''Program ini yang lebih memfokuskan dua aspek iaitu kejuruteraan dan perniagaan berbanding program kejuruteraan yang berasaskan sains konvensional," katanya.

Katanya, keunikan program yang ditawarkan membolehkan pelajar terdedah kepada latihan yang lebih mengutamakan pengetahuan pengurusan selain dapat mengikuti kursus dalam bidang kejuruteraan iaitu 50 peratus kejuruteraan dan 50 peratus pengurusan perniagaan.

Katanya, ini memberi lebih banyak pilihan untuk penyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seterusnya melahirkan modal insan berketerampilan dan berpengetahuan tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.