VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 27/02/2013

Kursus hasilkan produk berasas ikan

JELI 26 Feb. - Fakulti Industri dan Asas Tani (FIAT) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menganjurkan kursus penghasilan produk makanan berasaskan ikan di UMK Kampus Jeli baru-baru ini.

Penyelaras program, Hafiz Jamaludin berkata, kursus dengan kerjasama Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) itu bertujuan memperkenalkan produk makanan berasaskan ikan yang mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan bagi pasaran tempatan dan antarabangsa kepada bakal pengusaha.

Katanya, program tersebut lebih berkonsepkan latihan amali dengan peserta diberi latihan selama dua hari di Makmal Makanan FIAT di UMK Kampus Jeli.

Beliau memberitahu, sebanyak 40 peserta wanita dan lelaki terdiri daripada penduduk daerah Jeli, Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan luar Kelantan seperti Terengganu serta Kedah, menyertai program itu.

"Tujuan utama kursus ialah untuk memberikan bimbingan kepada peserta tentang pembuatan makanan berasaskan ikan kerana walaupun mereka belum memiliki perusahaan atau perniagaan berkaitan, tetapi pendedahan pertama amat penting bagi membimbing mereka ke arah menjadi seorang usahawan.

"Pihak FIAT akan sentiasa menganjurkan kursus jangka pendek dan panjang bagi memperkenalkan masyarakat kepada pelbagai perusahaan yang berpotensi bagi menjana pendapatan," katanya.

Menurut Hafiz, pada sesi pertama, peserta diajar kaedah penghasilan produk berasaskan ikan menggunakan surimi dan otoshimi sebagai bahan mentah utama bagi menghasilkan produk seperti bebola ikan, kek ikan, mi ikan, popia satar dan keropok lekor.

"Sementara pada hari kedua, peserta diberi taklimat tentang teori dan teknik pemprosesan produk ikan dengan lebih teliti serta menghasilkan kreativiti dan inovasi pada produk yang dihasilkan oleh mereka," katanya.

Seorang peserta, Mahiran Mohamad, 52, berkata, dia berasa bertuah kerana terpilih menjadi peserta kursus produk makanan ikan itu.

"Kursus ini amat bermanfaat, kerana saya dapat menghasilkan produk seperti mi, keropok lekor, bebola dan kek ikan yang lebih berkhasiat untuk ahli keluarga saya di rumah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.