VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 07/01/2013

50 pelajar ulung Kolej RISDA Semporna dirai

MOHD. Shafie Apdal diapit oleh Wan Mohamad Zuki Mohamad dan Faridah Hanam Mohd. Rashid bersama pelajar Kolej RISDA Semporna, Sabah, semalam.

SEMPORNA 6 Jan. - RISDA memulakan sambutan empat dekad penubuhannya dengan memberikan penghormatan kepada 50 pelajar Kolej RISDA Semporna di sini yang akan menamatkan pengajian mereka pada Mac ini.

Bagi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pemilihan pengiktirafan pencapaian kolej itu dengan 50 ambilan pertama oleh RISDA itu amat bermakna kepada masyarakat di Sabah khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

Ini kerana, kata Mohd. Shafie, kehadiran institusi pendidikan itu di Semporna telah  mengubah pola pemikiran penduduk di wilayah ini untuk lebih cenderung menitikberatkan aspek pendidikan di kalangan generasi muda khususnya anak-anak jati daerah tersebut.

"Jika dulu, ada di antara pelajar-pelajar ambilan pertama Kolej RISDA Semporna yang tidak mengetahui ataupun mahir menggunakan komputer, namun kini selepas mengikuti program yang ditawarkan, mereka sudah mampu mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

"Malah, mereka didedahkan dengan kemahiran teknikal lain dan pelbagai ilmu pengetahuan," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Perkhidmatan Awam dan Pelajar Ulung Kolej RISDA Semporna di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad yang juga Pengerusi Kolej RISDA, Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Hassan Amin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban dan Ketua Eksekutif Kolej RISDA, Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd. Rashid.

Beliau menegaskan, tumpuan kerajaan mewujudkan pelbagai institusi pendidikan di negara ini seperti Kolej RISDA adalah untuk memastikan semua rakyat dapat memperolehi peluang ataupun manfaat dunia pendidikan.

Tambahnya, pengenalan pelbagai program ataupun kursus akademik dan kemahiran juga secara tidak langsung menunjukkan kerajaan serius untuk mendorong rakyat termasuk penduduk kampung melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

"Sekiranya segala pelan kerajaan yang berorientasikan bidang pendidikan berbentuk akademik dan kemahiran dapat dijayakan dengan baik oleh semua pihak, kita yakin ruang kekosongan berkaitan keperluan tenaga kerja di negara ini akan dapat diatasi," katanya.

Justeru, beliau berharap agar anggota masyarakat khususnya generasi muda menyambut baik usaha kerajaan menggalakkan rakyat menyambung pengajian mereka walaupun berasal dari keluarga yang kurang berada ataupun memiliki pencapaian yang kurang memberangsangkan.

Wan Mohamad Zuki dalam ucapannya pula menyifatkan pencapaian 50 pelajar ambilan pertama Kolej RISDA Semporna yang mengambil kursus Sijil Kemahiran Kejuruteraan Sistem Komputer tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan.

"Kita yakin pencapaian ini mampu terus berkembang, lebih-lebih lagi kejayaan 50 pelajar ulung ini merupakan satu petanda positif bahawa masyarakat setempat memberikan sambutan baik terhadap program pengajian di kolej ini.

"Kita menjangkakan menjelang Februari-Mac ini, kapasiti penerimaan pelajar baru akan bertambah kepada 60 orang dengan pengenalan Sijil Sains Pertanian dan Diploma Perniagaan Tani di Kampus Cawangan Semporna," ujarnya. 

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.