ARKIB : 04/11/2012
Konvokesyen GMI cipta sejarah
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Majlis Konvokesyen Ke-18 German-Malaysian Institute (GMI) mencipta sejarah tersendiri apabila seramai 634 pelajar menerima diploma masing-masing iaitu jumlah paling ramai pernah dicatatkan sejak ditubuhkan 20 tahun lalu.
Pengarah Urusannya, Yusoff Md. Sahir berkata, selain mencipta sejarah baharu, apa yang lebih membanggakan adalah lebih 50 peratus daripada pelajar terbabit telah mendapat pekerjaan.
Katanya, mereka telah ditawarkan peluang pekerjaan sebelum tamat pengajian lagi iaitu ketika berada di semester terakhir.
"Kejayaan GMI melahirkan pelajar berkualiti dan mampu memenuhi permintaan pasaran terbukti dengan peratusan yang dapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Memang menjadi matlamat GMI melahirkan graduan mampu memenuhi kehendak industri teknikal dan vokasional.
"Selain itu, GMI juga berbangga kerana berjaya mencipta sejarah baharu. Rekod ini memberi gambaran pencapaian GMI yang bermula sebagai sebuah institusi kecil sehingga melalui proses evolusi menjadi institusi pengajian tinggi yang menyumbang kepada industri teknikal dan vokasional di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Konvokesyen Ke-18 GMI dekat Kajang, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Bersama GMI, Dr. Mohd. Ghazali Abas.
Mengenai kemungkinan GMI akan menaik taraf kursus diploma yang ditawarkan ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana, Mohd. Ghazali memberitahu, perkara itu ada dibincangkan.
Bagaimanapun katanya, tumpuan tidak terlalu diberikan untuk melaksanakannya memandangkan GMI mempunyai kerjasama strategik dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan bagi membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian.
"Memang ada bincang tetapi fokus GMI ketika ini adalah memberi penekanan serta latihan berkualiti terhadap kursus sedia ada pada peringkat diploma. Mungkin suatu hari nanti perkara tersebut mampu dilaksanakan," jelasnya.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









