ARKIB : 14/10/2012
Hormati kedaulatan negara
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pelajar universiti diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara daripada pihak yang mementingkan ideologi politik mereka.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, pelajar sepatutnya mempunyai jiwa dan semangat patriotik yang tinggi kepada negara dan tidak sewenang-wenangnya mempermainkan kedaulatan negara dengan cuba menukar bendera atau melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara.
Titah baginda, sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, terdapat segolongan anak muda yang sanggup cuba mengubah dan menukar bendera Malaysia yang telah menjadi identiti global dan lambang kedaulatan, perpaduan serta kebanggaan negara.
''Jika kita perhatikan di negara-negara maju lain, rakyatnya amat menghormati dan mempunyai semangat cintakan bendera dan negara mereka serta sanggup mati untuk mempertahankannya.
''Jangan kita menang sorak semata-mata tetapi sebenarnya kita tidak dapat mencapai objektif sebenar berada di universiti,'' titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-36, di Serdang hari ini.
Istiadat konvokesyen yang berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Oktober menyaksikan sebanyak 6,200 graduan pelbagai program pengajian menerima ijazah dan diploma masing-masing iaitu 457 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana (1,895), Ijazah Sarjana Muda (3,477) dan diploma (371).
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.
Titah baginda, pelajar universiti juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi jalanan kerana perbuatan itu tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini serta boleh mengundang pelbagai masalah.
Baginda bimbang gejala itu boleh memberi risiko tindakan undang-undang terhadap pelajar dan menghampakan harapan keluarga untuk melihat pelajar berjaya dalam pengajian.
Apabila buku, perpustakaan jadi teman akrab
5,000 lepasan SPM hadiri temu duga terbuka ke IPT
Anak pembantu pasar raya raih Anugerah Naib Canselor UiTM
Graduan Melayu jangan berasa selesa
UTeM tawan dua gunung Jawa
Selaras bidang pertanian
Pelajar UUM juara golf
Angkat seni Melayu
Nostalgia UM
Pelajar msu lawat China
Jadi pilihan
Larian kebajikan
Hargai wira
MoU dengan lima IPT
Maxis taja biasiswa MSEA
Berat badan turun sambil bekerja
Program baru UMP
Anugerah diraja
Misi 100 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









